Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas dibumi Illahi, mencari setitik air untuk dijadikan bekalan dalam setiap langkah mengejar syurga-NYA.
Hari nie, 2 Rabiulawal 1434 bersamaan 24.01.2013 kelahiran seorang insan yang sangat dihormati, disanjungi di seluruh dunia iaitu Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Seorang insan yang amat mencintai ummatnya, seorang insan yang punya indah tingkahlakunya, seorang yang molek bahasanya, seorang yang menjadi inspirasi bagi setiap manusia meskipun yang bukan islam. DIA ciptakan seorang insan yang menjadi hamba buat NYA yang juga merupakan seorang manusia yang menjalani kehidupan seperti hambaNYA yang lain. Bijak percaturan DIA mengikut fitrah manusia.
Dan aku, tiba-tiba rasa sebak pulak. Rindu pada Baginda. Sayang pada Baginda.
Alunan selawat yang kedengaran kadang-kadang buat aku terduduk. Suci kalamnya buat aku rasa, tiada kalam yang lebih indah kecuali zikir pada Yang Esa, zikir dengan bicara ayat Al-Quran dan zikir buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Ayuh, kita selawat ::
Wassalam.


.jpg)
