Friday, 31 August 2012

Doa Seorang Kekasih


Bismillahirahmanirahim..


Firman Allah SWT, bermaksud 

"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
 (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Setiap ciptaan yang esa, punya pelengkapnya, jodohnya. Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa.Sering kita mendengar , "jodoh itu rahisa Dia. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

- Artikel iluvislam.com

p/s : tapi bagi aku, pandangan ibubapa adalah penting sebelum kita seorang anak bertindak. Selagi ia tidak bercanggah dengan Islam, dengarlah  bicara hati mereka, kerna : "redha Allah terletak pada Redha ibubapa".

Saturday, 25 August 2012

Perjalanan Hidup

Bismillahirahmanirahim....





Rindu seorang sahabat..
Kasih seorang sahabat..
Kepercayaan seorang sahabat...
Kesetiaan seorang sahabat...






siapa yang mampu pertahankan semua itu disaat hati ini sentiasa diuji????
seorang sahabat perlu menerima baik buruk sahabatnya sendiri...menjaga aibnya kerna itu adalah "amanah" yang paling berharga... kerna satu kesilapan, segala kebaikan yang pernah ditabur, hilang ditiup angin.... kerna seorang lelaki, putus segala kepercayaan, kesetiaan dalam persahabatan... nakkah kita perjudikan persahabatan kita untuk orang lain. untuk orang luar????


" Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya. ” 
(Hadis riwayat Muslim)


alhamdulillah, umur aku yang baru aje 20'an...(hehehe, cover-cover)... dan aku diberi peluang untuk mengenali ramai orang yang menjadi penguat, tulang belakang aku untuk tegak berdiri meneruskan hidup aku yang masih berbaki nie (mcam orang tua bercakap...).....sahabat ada banyak jenis, ragam, perangai, prinsip, cara....tak kisahlah mereka datang dari latarbelakang yang berbeza, terserah pula bagaimana kita nak mencorak perjalanana persahabatan itu mengikut acuan dan bahan yang juga ditentukan oleh kita sendiri....

Wahai teman seperjuanganku mencari Redha Illahi, carilah kamu sahabat yang :

1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung- hitungka n (menyebutnya) .
3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5. Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Mutiara Kataku :
Sempurnakan persahabatan dengan saling melengkapi kelemahan masing-masing, bukan semata-mata hanya dengan kelebihan..

wassalam

Friday, 24 August 2012

BBQ

Bismillahirahmanirahim...

Selesai BBQ bersama keluarga yang julung kali fulfill handle by my aboh.....Nak kata dia lah orang yang bersemangat nak BBQ, xlah juga....Cuma, segala keperluan untuk buat BBQ ayah lah yang buat....Kecuali beli lauk, coz aku yang belikan...hehe..

wassalam

Pictures::




Thursday, 23 August 2012

Teratak Bergoyang dan Biskut Tat Nenas

Bismillahirahmanirahim...



Alhamdulillah, bersama kepercayaan yang diberi oleh ayahanda dan bonda, aku mampu melangkah tanpa mereka ke Bachok a.k.a rumah ciksa sempena "pintu terbuka"....hehe, open house....nak sampai Bachok, macam ke Terengganu, masa....aduh, 1 lebih dapat beraya dengan jalan raya, kereta-kereta, motor-motor dan rumah-rumah......yelah, asal raya je...Kelantan Tanah Tercinta dah jadi mcm KL waktu bekerja...sampaikan orang asal dri kelantan dah tak keluar rumah dah....rumah aku lagi lah, keluar aje...dah "jalan bandar"...mmg "lengang" lah sangat...uhhh,

Ok, sambung balik....setelah berperang dengan segala bagai, sampai jugak rumah ciksa (arwah mama dan tok ayah)...dah semua bising dah...."baru datang ke?, Mana umie??? Ayah????" soalan dah macam soalan SPM aku je,,hahaha....dan aku, mula lah back up diri....mengeluh dengan jalan jam musim raya, hehe..selamat aku... tibe3, muncullah si Mursyidah Sabri...."along, jom hantar atie..." oh ye, atie datang umah ciksa atau lebih dikenali sebagai ustazah pendidikan syariah (spm) dan hadis (stam)...so, mursyidah mencari alasan nak hantar si kecik tuuu balik umah, padahal si kecik tuuu dah datang dengan motor...so blik lah sendiri kan????hehehe, aloh...nie kes nak merayap nie....

Tapi nk jadi cerita, rancang main rancang, nak btolak keluar rumah..."bihun x bt lagi, ais dah habis, bawang goreng..." n macam-macam lah...so, kne g beli dulu ye akak-akak, abang-abang semua....jangan lepas tanggungjawap macam tuuu sebab xde orang pun yang nak tanggung hak kita..hehehe.....

Pengalaman baru bawak kereta jalan "bandar".....siap jumpa orang xcdent lagi, patah tulang betis...motor v motor, keputusannya 2 2 tunggang langgang...huhu, seram sejuk tubuhku saat melihat tubuhnya terdampar...eeee, geli n ngeri....

Sampailah diteratak bergoyang tepat pada pukul 7 malam.....dan aku, duduk aje...dah sapu merasa biskut raya...semua jenis aku raya, orang kata nak test, padahal lapar...yelah, g bachok..mane lah aku nak makan sangat soto dri JB...hehe, bukan memilih, tapi agak mengambil masa lah untuk jdi "biasa" dengan makanan tu...ayah atie dah pandang semacam dah, aku pulak dah tersimpul-simpul, malu..hehehe, sempat lagi ayah di tegur, "makan lah biskut tuu, habiskan...kan raya dah nak habis..." ish3, buat malu je...kantoi aku makan banyak...(badan pun dah makin kembang)...

oh ye...edisi biskut raya.....
aku : mana biskut tat nenasnya...
atie : yang nie kot tat nenas, (sambil angkat balang biskut)
aku : nie ko kata tat nenas???hai, kawan aku nie xkenal biskut ke, buat-buat kenal???
atie : mana aku tahu,
cdah : (yang melihat situasi tu, mula back up) xpe tie....asal ada nenas, jadilah tat nenas...
umie atie : (pandang cdah bukak balang biskut) laaaaa...nie bukan tat nenas...nie biskut yang umie beli...
atie : (tersimpul-simpul macam ulat bulu...)

hahaha, nasib baik dalam ramai-ramai kawan aku, atie sorang je yang " ke laut"....teruk-teruk....biskut yang biasa jadi biskut tat....aduh, kawan ku.....

Ok, sampai cnie aje lah kisah teratak bergoyang...yang penting dapat jugak aku bawak cdah untuk beraya ke rumah dia walaupun dia dah dilarang untuk membawa motor kerna lesen enggak ada..umie n abah dia pun dah bising...yes, berjaya jugak rancangan aku......"best ko a.k.a padan muka...." hahaha

wassalam...


Pictures:



Sunday, 12 August 2012

Impian dan Angan-anganku


Bismillahirahmanirahim...

Setiap orang ada angan -angan sendiri....aku pun, xterkecuali....Tpi mungkin agak pelik cikit angan-angan tuu...

Dulu, aku nak sangat kekasih a.k.a suami aku cipta satu lagu khas untuk aku dan nyanyi depan aku...Romantik haaabbiiiisss!!!!heehee..tapi aku tahu, susah kot nak dapat laki gitu....sbd apa???? Sebab aku suka laki yang alim tapi masih mengekalkan ciri-ciri lelaki malayu terakhir....hehe(terbalik pulak)...alaaaa....lebih kurang macam FAHRIN AHMAD....ok x????

So, bila memikirkan peluangnya agak nipis kulit bawang....Apa kata aku yang tukar profession aku. Aku yang cipta lagu dan nyanyikan untuk di laki tuu dan aku paksa dia hafal dan nyanyikan balik..Ok??haha, Mengarut!

Biasanya orang menyanyi, ada alat muzik...Aku nk mintak piano,kompom tak mampu..So, cukuplah gitar peneman jiwa....(walaupun sebenarnya xbeli-beli lagi)...Tapi tak ape,akan diusahakan...Alaaa, USAHA kan TANGGA KEJAYAAN...so, kejar lah untuk naik tangga supaya kita akan sentiasa diatas...

Angan-angan itu indah.

wassalam

Nasi Tomato

Bismillahirahmanirahim....


Hari ini, aku nak kongsi sikit makanan MFH yang dia slalu suruh aku belajar walaupun aku tak suke makan makanan tuuuu...yela...muak lebih...hehe,tapi xpe....kalau dah jadi suami nanti, nak suruh aku masak sampai dapur hangus pun, lepas aje..hehehe...

ok kanak-kanak skalian..hari nie, cikgu nak ajak 1 resepi yang agak "termashur"...iaitu:::



""Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah berserta Acar Mentah""


NASI TOMATO
Bahan-bahan
- 2 cawan beras basmati
- 2 biji tomato-potong dadu
- 2 cawan air
- 1/2 cawan susu
- 3 sudu besar sos tomato
- 1 helai daun pandan
- sedikit garam

Bahan Tumis
- 2 sudu mentega/ minyak sapi
- 2cm kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 biji buah pelaga
- 2 ulas bawang putih-hiris
- 1/4 bawang besar dihiris
- HiasanBawang goreng

Cara Penyediaan:
- Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
- Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
- Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit
- Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
- Masaklah nasi macam biasa.
- Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan:
- 10 ketul ayam (goreng kunyit & garam - jgn sampai kering)
- Rempah tumis (bunga lawang, kulit kayu manis, biji pelaga & cengkih)
- 3 ulas bwg merah
- 2 ulas bwg putih
- 1 inci halia
- 1 btg serai
- 2 helai daun limau purut
- 2 sudu sos tiram
- 2 susu cili kisar
- 4 sudu sos tomato
- 4 sudu sos cili
- 1 cawan minyak
- 1 ulas bwg besar potong bulat
- 1 cawan mixed vege
- Garam & gula secukup rasa

Cara-cara:
- Kisar bwg merah, putih & halia.
- Panaskan api,masukkan rempah tumis, serai, daun limau purut & bahan kisar.
- Kemudian,masukkan cili kisar.
- Tumis sehingga naik bau & agak garing.
- Kemudian, masukkan semua sos. Gaul sebati.
- Masukkan mixed vege & bawang besar.
- Bila kuah dah mesra, masukkan ayam yg sudah digoreng tadi.
- Perisakan dgn gula & garam.

ACAR MENTAH
Bahan-bahan:
- 1-2 batang timun-dipotong panjang
- 1/2 biji nenas masak - dihiris nipis
- 2 ulas bawang merah -dipotong nipis
- 3 sudu besar cuka
- 1 biji cili merah -dipotong nipis
- gula dan garam secukup rasa

Cara membuat:
- Gaulkan kesemua bahan dalam bekas, masukkan garam dan gula secukupnya.
- Enak dimakan setelah dibiarkan seketika supaya rasanya sebati.



sedap tuuu, aku xtahulah pulak...sebab umie aku biasa masak ayam masak merah + nasi putih kosong aje...itu pun dah lepas..tpi apa-apa pun, bagi yang suke sangat nasi tomato nie,selamat mencuba...dan bagi yang xsuke, selamat tgok aje ekq...kita masak benda lain lah..hehehe,ok...

to MFH : kalau saya masak nanti, tak sedap...awak masak ajelaah...xpun beli aje..ok??? (",)

wassalam

Cinta Sebenar

Bismillahirrahmaanirrahim...


Ya Allah,jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin,jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....Ya Rabbul Izzati , jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah,jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...


....Amin..... 



Thursday, 9 August 2012

ZAHNA - bersahur


Bismillahirahmanirahim…. 

Tarikh: 08.08.2012 (10.15 pm)


Alhamdulillah…selamat sudah sesi bersahur bersama ZAHNA dengan KFC, AISCREAM, A&W dan BUKU INVESTMENT Najihah abdul rahman….(dah nama student, buku jgn dibuang…)
Setelah kepenatan menunggu atiqah bersama VVIP afiqah, akhirnya tibelah mereka dengan muka terkejut..yelah,,baik hati plk aku dengan zara naik blok diorang dan najihah pulak bertemankan abang belang (nyamuk) bertemakan “lampu yang malap tempat studyku”…

Objective:
                Makan-makan nie, buat sebab orang shah alam dah nak balik kedah..lagipun berbuka puasa tadi, xsempat nak kumpul ramai-ramai…so, walaupun hati nie dalam singkat untuk kita bersama…berdoalah sentiasa agar kita tetap diberi olehNYA sedikit ruang untuk kita selitkan kenangan yang telah menjadi kekuatan serta kebangkitan kita semua..

Menu:
a.       Dinner Plate 2
b.      Cheese Wages 2
c.       Minuman A&W
d.      Aiskrim berjenama
e.      Biskut Music



Edisi Merantap:
                Yang sedihnya setiap sorang dapat seketul ayam je..nie rancangan si atiqah lah..berjimat lah sangat sampai dia jugak yang berebut-rebut dengan zara..ish2, lain kali…bab makan jangan berkira..sumbat selagi muat…(heehee)

Edisi Slow2 ye makan:
                Time nie bile semua dah penuh perut….ayam semua disapu, tinggallah si aiskrim sorang-sorang, menangis diminta untuk dimakan sampai cair.. so, jom!!!kita cari solution………! Dok piker pandang kanan kiri, atas bawah, belakang depan…dapatlah 1 idea…..
”MAIN GAMES, SAPA KENA, DIA KENA MAKAN AISKRIM 1 SUDU…”

Games Aiskrim:
                Mainlah pusing-pusing botol…macam mana x aku yang selalu kena..meja 2, sengget sangat…botol tuuu plk, suka lebih kat aku,,so aku kenalah,…bila dah tercetus rasa kurang “manis”, tukar position...botol dipusing….haaaa!!!atiqah pulak yang kena…ape lagi..sumbat!!!!! yang agak selamat ckit, zara dan afiqah…sipi-sipi je diorang kena…yang inspector pulak…sentiasa selamat..yelah,orang sakit katakana…hehe
                Dalam asyik borak-borak + mengah makan aiskrim…dating lah Miss Azrina memhabiskan aiskrim yang masih berbaki…makan n makan aje aku tengok..lepas habis 1 makanan, sambung tanpa ada gaya nak stop je…yang herannya..tubuh 2 kecik aje, macam xbesar-besar…hehehe

Tamat:
                Sesi sahur ini tamat pada pukul 12.35 am….


Penghargaan:
1.       Sarah  - bagi pinjam kereta nak beli KFC dan bebagai-bagai.
2.       Azrina – sudi habiskan makanan kami.
3.       Team ZAHNA – sebab sudi mencipta kenangan bersama…

Tq Semua, Sayang Kalian..

Wassalam

Pictures:


Tuesday, 7 August 2012

Majlis Berbuka Puasa EM5A

Bismillahirahmanirahim....

Sempena Ramadhan yang akan terus berlalu membawa seribu erti, masih ada ruang untuk diisi bagi memenuhi ruang fikiran dengan kenangan yang mampu membuat diri sendiri tersenyum gembira dan berpuas hati...

Berlangsung aktiviti berbuka puasa yang di hadiri lebih dari 40 orang dari pelajar kelas 5A dan juga bekas pelajar kelas 5A.

Tarikh: 07/08/2012
Masa: 6.30 petang
Tempat: Salsabila 

Menu: 
Ikan Siakap 3 rasa
Tomyam Ayam
Kailan Ikan Masin
Telur Dada
Kerepok Ikan
Tea O Ais & Air Kosong

Alhamdulillah....Majlis berbuka puasa selesai pada pukul 8 malam... Dan bersurai pada pukul 9.00 malam...

Semoga dengan masa yang singkat ini dapat memberi kita semua satu kenangan yang dapat mengeratkan ukhuwah persahabatan kita sampai Jannah... Terima Kasih atas kerjasama  yang diberikan secara langsung atau tidak langsung....

i'ALLAH, ukhuwah EM5A lebih kukuh...amin yaa rabbalalamin... 

wassalam,

pictures: