Monday, 24 June 2013

Allah kan sentiasa ada

Bismillahirahmanirahim..

Bagaimana ALLAH swt tunjukkan rasa sayang kasih dan rindu DIA pada hambanya??
ALLAH swt akan titipkan ujian, musibah kapada hambaNYA melalui Malaikat Jibral..

DIA dambarkan pengabdian hambaNYA.
DIA rindukan suara, rintihan, tangisan hambaNYA.
DIA ternantikan rayuan, permohonan yang tidak pernah jemu dari hambaNYA. 

Jangan pernah patah semangat, kecewa dengan kehidupan, keluh dengan setiap yang hadir di dalam hidup. Kerna ia semua merupakan manisan dalam langkah mengejar Cinta Hakiki. 

Dia sentiasa ada buat hambaNYA. 
Carilah DIA. 


wassalam.

Saturday, 22 June 2013

N3 ke UPSI

Bismillahirahmaniram..

Pengalaman!! haha, Tolong parents urusan N3 nak masuk UPSI. Yang terhuru-hara bila dapat surat tawaran yang 2 3 hari lagi nak kena lapor diri..Wahh!! Memang macam tunggang tak berapa nak pecah tapi dah ada retak sikit-sikit. haha,

UPSI dan UiTM, uni yang berbeza. Tapi punya kelebihan masing-masing. UPSI lebih dikenali dengan uni pendidikan, yang melatih pelajarnya jadi seorang pendidik (guru). Tapi course yang N3 ambik, bukan course pendidikan. Diploma Sains ni UPSI wujudkan berdasarkan demand dalam pasaran. Alhamdulillah, impian N3 nak ambik jugak aliran sains DIA permudahkan. Walaupun tempoh persiapan agak pendek, segalanya berjalan dengan lancar.

Time nak lapor diri, ayahanda kena outstation ke Serawak. Mula-mula pikir jugak tangguh lapor diri, tapi risau takut alasan tak berapa nak kukuh. Kang tetiba dikira tolak tawaran tuu.. Main pusing-pusing, tercetuslah idea " along lah hantar eilah ke UPSI dari KL". Waahh!!! Mampu ke??hehe. Berbekalkan tanggungjawap serta sokong pada N3 tuuu supaya belajar sesungguh, dengan muka confident " ok".! hahaha.

Pengalaman yang luar biasa, drv kereta dari KB - Benta, Raub. Selebih perjalanan, pensan dah dalma kereta..Hahahaha. Esoknya drv dari KL - Tanjong Malim, Perak selama 1 jam hanya menggunakan Garmin Map dekat En.Noki 701. Sangat membantu.

Sampai di UPSI, selesaikan sesi pendaftaran. Alhamdulillah, proses yang sangat sennag. Berpuas hati dengan Encik UPSI. Penjelasan yang jelas. Aku nie, selagi aku tak faham, aku tanya aje. Sapu aje bercakap. Bertanya sebelum sesat. hahaha, Sebab bila sesat, bertambah-tambah pulak 'pertanyaan' yang tak terjawap.

Next, pendaftaran dekat penginapan pulak. Kebetulan dan bertuah N3 nie, dapat kolej yang serba baru. Bangunan baru, katil, almari baru. Untunglahhhhh...... Yang tertarik cikit, blok macam flat gituu...Rumah yang mempunyai 3 bilik tidur dan toilet. Lumayan lah untuk budak tuuu.. Puas hati jugak tuan yang menghantar niee.... Alhamdulillah, aku tengok housemate N3 pun ok. Macam kena jiwa.


OK, pada aku semua ok. environment memang lah berbeza. even aku yang diploma bila masuk degree pun tetap rasa ada bezanya. Bila satu keputusan dah pun kita tetapkan, cabaran apa yang datang pun kita kena tegak berdiri hadapi dengan penuh kematangan. Lari dari cabaran juga tak bawak kita kemana-mana. Dan sangat beruntung N3 nie sebab dia punya senior yang sangat-sangat membantu. Sis Sarah, Diploma  Sains Part 2 aka Adik MFH.

Dan sekarang, dah berlalu hampir 2 minggu N3 dekat UPSI. Positif sangat. Alhamdulillah. Tahniah diq.
Next, ready untuk adik-adik seterusnya menjejakkan kaki ke IPT. Pengalaman mcam diri sendiri yang masuk uni..hahaha, Demi budak-budak kecik tuuu... Ada 6 orang lagi yang tak tahu mana halatuju seterusnya.Chayoookkk along!! hahaha

wassalam.

Thursday, 13 June 2013

Jom pasang angan-angan!.

Bismillahirahmanirahim.

Tersenyum tetiba.hehe.. tengah pasang angan-angan nie. jangan kacau!! hahaha

Percaya ke tidak bahawa angan-angan itu merupakan salah satu jalan untuk kita gapai cita-cita?? Jawapannya :: YES!!!! Angan-angan itu wujud dan harus di wujud kan.. Itu pada aku. sebab dengan angan-angan itulah kita boleh plan kasi cantik kita punya cita-cita. prefect gituu..hehe.

Tengah aku goyang kaki habis diploma nie, terbinalah 1 angan-angan. Sebenarnya angan-angan dah ada, cuma tak berpeluang untuk 'realisasikannya'. Sebab maybe faktor diri sendiri. Yelah, kita mana boleh salahkan orang dengan kegagalan kita ketakutan kita sebab musuh ketat kita ada diri kita sendiri. Disetiap langkah yang kita buat semua dikawal oleh diri kita. Jika termotivasi diri kita, benda negatif mampu kita kikis, tapi kalau tak termotivasi, apa jadi ye??

One day, aku dapat email dari someone. title : Tawaran Program Ijazah Sarjana Muda dari UK. Email nie boleh dipercayai sebab datang dari pihak MARA. Alhamdulillah, terbina lah angan-angan. hahaha.. Email tuu akan buat 1 sesi untuk seminar lanjutan ke UK. Aku apa lagi...Next!! Cari maklumat lah dekat internet, kebetulan MFH juga otw nak ke UK jugakk. Waahh!! Macam jodoh weh!! haha. Debaran menanti hari seminar tuuu..

Satu perangai cantik aku, selalu tak tetap pendirian. 2 3 jam sebelum seminar pun aku boleh main tukar pendirian. hahaha, Buruk betul! Tapi itu cara aku, selagi aku nie waswas, selagi tuu aku akan pikir dan pikir dan ubah. Kan aku cakap, musuh ketat kita adalah diri kita sendiri. Dan berubahlah keputusan aku, tak boh ke UK untuk degree. Terlalu muda.haha (perasan).

Dan sekarang, walaupun aku tak jadi ke UK untuk sambung degree, sejujurnya angan-angan untuk ke sana sentiasa segar dan kukuh di hati. Alhamdulillah, dengan email tu membawa aku temui sesuatu yang berharga, bermotivasi tau.. Dan sekarang pun dah kira otw buat persediaan dalam segi mental, fizikal, ilmu untuk bawak terbang bersama-sama. Doakanlah semua ini dipermudahkan walaupun ia masih diperingkat awal. Amin!.

Tapi aku pernah dengar satu kata-kata, 'pendekkan angan-anganmu kerna ia akan membazirkan waktumu'. Sebenarnya, angan-angan ada banyak cabang dan cara. Jika angan -angan itu diselitkan dengan selaut Usaha, sebukit Kesabaran, sebentang Kesungguhan dan segunung DOA & Tawakal. InsyaAllah, sebuah angan-angan itu akan mendatangkan hasil yang sangat-sangat memuaskan meskipun airmata jadi peneman. 

Wassalam.