Thursday, 13 June 2013

Jom pasang angan-angan!.

Bismillahirahmanirahim.

Tersenyum tetiba.hehe.. tengah pasang angan-angan nie. jangan kacau!! hahaha

Percaya ke tidak bahawa angan-angan itu merupakan salah satu jalan untuk kita gapai cita-cita?? Jawapannya :: YES!!!! Angan-angan itu wujud dan harus di wujud kan.. Itu pada aku. sebab dengan angan-angan itulah kita boleh plan kasi cantik kita punya cita-cita. prefect gituu..hehe.

Tengah aku goyang kaki habis diploma nie, terbinalah 1 angan-angan. Sebenarnya angan-angan dah ada, cuma tak berpeluang untuk 'realisasikannya'. Sebab maybe faktor diri sendiri. Yelah, kita mana boleh salahkan orang dengan kegagalan kita ketakutan kita sebab musuh ketat kita ada diri kita sendiri. Disetiap langkah yang kita buat semua dikawal oleh diri kita. Jika termotivasi diri kita, benda negatif mampu kita kikis, tapi kalau tak termotivasi, apa jadi ye??

One day, aku dapat email dari someone. title : Tawaran Program Ijazah Sarjana Muda dari UK. Email nie boleh dipercayai sebab datang dari pihak MARA. Alhamdulillah, terbina lah angan-angan. hahaha.. Email tuu akan buat 1 sesi untuk seminar lanjutan ke UK. Aku apa lagi...Next!! Cari maklumat lah dekat internet, kebetulan MFH juga otw nak ke UK jugakk. Waahh!! Macam jodoh weh!! haha. Debaran menanti hari seminar tuuu..

Satu perangai cantik aku, selalu tak tetap pendirian. 2 3 jam sebelum seminar pun aku boleh main tukar pendirian. hahaha, Buruk betul! Tapi itu cara aku, selagi aku nie waswas, selagi tuu aku akan pikir dan pikir dan ubah. Kan aku cakap, musuh ketat kita adalah diri kita sendiri. Dan berubahlah keputusan aku, tak boh ke UK untuk degree. Terlalu muda.haha (perasan).

Dan sekarang, walaupun aku tak jadi ke UK untuk sambung degree, sejujurnya angan-angan untuk ke sana sentiasa segar dan kukuh di hati. Alhamdulillah, dengan email tu membawa aku temui sesuatu yang berharga, bermotivasi tau.. Dan sekarang pun dah kira otw buat persediaan dalam segi mental, fizikal, ilmu untuk bawak terbang bersama-sama. Doakanlah semua ini dipermudahkan walaupun ia masih diperingkat awal. Amin!.

Tapi aku pernah dengar satu kata-kata, 'pendekkan angan-anganmu kerna ia akan membazirkan waktumu'. Sebenarnya, angan-angan ada banyak cabang dan cara. Jika angan -angan itu diselitkan dengan selaut Usaha, sebukit Kesabaran, sebentang Kesungguhan dan segunung DOA & Tawakal. InsyaAllah, sebuah angan-angan itu akan mendatangkan hasil yang sangat-sangat memuaskan meskipun airmata jadi peneman. 

Wassalam.

No comments:

Post a Comment