Monday, 22 July 2013

My Degree - UiTM Dihatiku

Bismillahirahmanirahimm...
Salam 14 Ramadhan.

(Lompat!!) Mood : Happy --- Alhamdulillah.
Rezeki setiap manusia dahpun DIA tetapkan, just tunggu masa aje. Ok, angan-angan nak g oversea for degree level, lupakanlah dulu. Sebab, 12.07.2013 result penerapan UiTM dah keluar!! haha, excited bukan kepalang. Yelah, apa pulak ilmu yang kita nk isi dekat dada. Diploma dulu, Estate Management (pengurusan hartanah), macam power aje bunyi kan??haha, tapi sesangat interesting... Kerja nie asyik nama $$$$$. Estate Agent, Valuer, Project Manager, Property Manager, Developer dan macam-macam lah lagi.

Ok, apply degree penerapan UiTM start time aku tengah praktikal. March 2013 kalau tak berapa nak silap lah.. Dan aku apply lahh dengan main sedap baca aje. Tapi ada orang kata jugak, if nak jugak course tuu, buat lah  2 3 pilihan yang sama. Macam aku..hahaha (dah rugi 1 pilihan).

Bila dah rasa bahang result nak keluar. dah datang dah bisikan yang menyedihkan. "Macam mana kalau dapat course selain dari course diploma...oh!! Tak nak!!! Dah lah kena sambung lagi setahun. Total 3 tahun. aahh!!!". Kerana USIA..hahaha

Dan.....Jeng Jeng Jeng!!!! Tibalah 19hb.

First: Alhamdulillah, aku dapat sambung EM jugak!!
Second: (bila dah tahu ramai coursemate yang 1 kelas time diploma dapat dekat Shah Alam.) Aku dekat perak?? Nak Shah Alam, ramai-ramai...:( Tapi ok lah, cos sara hidup pun rendah. Ada hikmah semua nie.Ikhlas Asrar.
Thirst : (Dekat surat tawaran 'Kolej tak disediakan'). Rumah sewa!! tapi aku mana ada housemate!! Tak nak rumah jauh! Nak rumah murah!. Nak ada ruang untuk study! haha, demand.demand. Tapi bertuahnya aku dan malangnya si kerding nie sebab aku boleh menyusahkan dia carikan rumah dan aku kalut pulak cari housemate. Tebal mula post group sane, group sini. haha. Tapi alhamdulillah, dengan bantuan semua pihal. Dapat jugak aku housemate merangkap teman sekuliah. Alhamdulillah, Usaha dan DOA. Rumah fully finished RM600 sebulan, 15minit ke fakulti, puas hati!

Rumah sewa dan selesai. Prints semua surat UiTM pun dah buat. SSPN-i dah buat. Booking MC. Semua dah sedia dan akan dilancarkan lepas raya. Haha.. Sekarang, nak mencari biasiswa, mintak-mintak murah rezeki.Amin.

Ok.Meniti hari ke UiTM Kampus Seri Iskandar. I'm Come Back!!

Wassalam.

Tuesday, 16 July 2013

Bersyukur

Bismillahirahmanirahim... 
Salam Ramadhan..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah...
1 ungkapan trapi yang sesangat berkesan bagi orang yang rasa kepuasan yang diperolehi. Even walaupun dalam sesuatu yang dia tidak jangka hasilnya. Sebagai contoh, belajar siang malam 25 jam, 8 hari seminggu. Tetapi result 'biasa-biasa aje' orang kata cukup makan. Bagi orang yang goyang pada rukun iman ke-6 iaitu percaya pada qadar dan qadar, mungkin dia akan rasa down. Allah tak beri pertolongan, Allah tak sayang lah dan macam-macam. Ia, memang sifat manusia yang akan sentiasa nak kecapi apa yang diimpikan. Tapi jika kita tanam sifat yakin pada Yang Esa, In'syaallah kita akan menjadi seorang yang ikhlas dengan ketentuan DIA.

“Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’.” (Q.s. Ibrahim: 7)

Bersyukur itu indah. Orang selalu kata, Jika orang itu bersyukur, duit yang RM100 pun dia dah rasa dia dah kaya, dah cukup. Tetapi jika tiada sifat syukur dalam diri, Rm1,000,000 pun belum tentu cukup. Iyaaa..... Memang aku akui. Ok, sikit tips atau latihan untuk diri supaya kita sentiasa ada sifat syukur. Amin.

1. Luahkan.
Banyak tempat yang kita boleh jadikan tempat untuk kita meluah. Cara luahan yang munajab bagi aku, menangis. Ramai yang kata menangis niee menampakkan kelemahan. Pendapat secara jujur, pada aku menangis nia satu kepuasan. Kepuasan yang boleh menyahkan rasa down (kecewa) dan gantikan dengan satu perasaan ' Biarlah, DIA sedang mengujiku'.

2. Pandang Orang Bawah Kita.
Pupuk rasa bersyukur dengan sentiasa pandang orang bawah daripada kita. Kalau kita rasa, kita dapat 8A je, tengoklah orang yang dapat 5A. Supaya kita akan rasa 'Yaa, aku beruntung, aku bertuah dengan rezeki dari-NYA'. Ujian yang DIA bagi berbeza-beza. Jika DIA bagi rezeki yang banyak, itu jugak merupakan ujian DIA. DIA bijak menyampaikan ujian dalam pelbagai bentuk.

3. Tengok Diri.
Selepas kita tengok orang, tengok pula diri kita. Cari kesilapan, kealpaan kita, kecuaian kita. Mungkin juga syok sangat belajar, sampaikan amalan sunat pun tertinggal. Wajib pun berterabur. Hubungan kita dengan Pencipta, hubungan kita dengan manusia lah dan yang penting makanan rohani cukup ataupun tak.

4. Ikhlas.
Ajar diri untuk ikhlas. Ikhlas terima apa yang DIA rancangkan untuk kita. Positif. Itulah kuasa sebuah keikhlasan. 

5. Bersyukur. 
Bila ikhlas itu ada. Ia akan seiring dengan sifat bersyukur. Sifat syukur ini merupakan senjata hati untuk jauhi sifat benci pada kehidupan. Bila benci menguasai diri, kita dengan Allah, dengan manusia malah dengan diri sendiri pun akan jauh terpesong. Bersyukur dengan nyawa. Bersyukur dengan rezeki. Bersyukur dengan ruang dan peluang. Bersyukur dengan agama Islam.

Sentiasalah bina tugu Kesyukuran. Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Illahi.

Wassalam.

Sunday, 14 July 2013

Nikon 3100

Bismillahirahmanirahim...
Salam Ramadhan...

Mood : Excited.
Waaaahhh!!! Tengok orang beli beli beg, nak beli jugak. Tengok orang beli baju, ehh aku nak jugak. Tengok orang bercamera dengan  Nikon / Canon, mula lah nak jugak mengikutnya. Banyak duit aku. Alang-alang puasa kan, tapi sorilah duit memang tak mampu untuk berpuasa. Paling tidak 2 3 akan habis.. Kaya kaya kaya.

Tapi, bila minat penguasai diri dengan satu benda. Sanggup buat semua semata-mata nak capai impian tuu... Dan Kak Chik, yang aku memang ** T_T (Tak booh komen). Impian time SPM lagi, so tercapai jugak lah bulan lepas kot.. Nikon 3100.

Tercuri pic kt hb awak :)
Melompat aku! Jelaz punye pasal hahaha. Tetiap hari dok ucap " Nak beli, nak beli".. Harap-haraplah jadi doa..hahaha. Alang-alang orang sana ada camera.. Ape lagi..JOM!!!! Jalan pusing bandar!! haha. Berlagak lah aku dengan camera tuu. Buat macam yang diri sendiri punye walaupun kekadang rasa gugup. Iyooloohh, mahal kot. Baik yang sendiri kalau nak lasak-lasak...kan??? hehe

So, Ada lah sesikit pic yang aku test ambik. Jujurnya, banyak kelemahan lagi.. Cuma, cantik doongg pic dia.. Clear!!! haha. Jom!! Sentap lah korang.

Pic time g meeting reunion Legasi Maya SPM 2009 (kononnye laaah..)


Sesi Main Snap aje. Try and Error.








Pantai Irama, Bachok.













Wassalam.. :)

Tuesday, 9 July 2013

Ramadhan 1434H

Bismillahirahmanirahim...

Allahu Akbar!!! Subhanaallah!!! Ahlan wasahlan wamarhaban ya Ramadhan..


Waahh!!!! sesangat excited.. Syukur pada Illahi, berkesempatan sambut ramadhan ke 22. Besar harapan untuk ramadhan nie.. Dalam usia yang makin matang dan tua, kepuasan itu yang dicari. Kepuasan sebagai ummat Islam. Kepuasan sebagai seorang hamba kepada pencipta. Alhamdulillah..

Ramadhan kali nie, berbeza sebab sepanjang puasa, aku ada di KB. Biasanya duduk Perak, student katakan. So, dapat juga meringankan tulang-tulang umie dan tolong habiskan semua yang umie masak..hahaha. Cume, N3 lah... Jauh diperantauan.. Tapi, biarlah dia..hehehe

Tiba saje ramadhan, suasana rasa sayu je. Tenang alam. Itu beza bila tanpa syaitan dikeliling kita. But, make sure lah bukan kita yang jadi syaitan. Pantau diri, Cegah kemungkaran. Ramadhan, bulan yang semua ummat Islam akan kejar. Ganjaran yang berlipat ganda. Tak semua orang akan dapat rasai peluang untuk berpuasa, melakukkan kebaikan, meninggalkan kemungkaran.Aku yang rasa pun, sangat-sangat terharu. So, kita semua jangan sia-siakan ye. 

Mark Your Iman.

Thanks a lot to Azieda sebab rajin edit ucapan Ramadhan yang ada nama dan muka aku..hahaha. So, kira aku wish for second round lah ye...


Wassalam.