Salam Ramadhan..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah...
1 ungkapan trapi yang sesangat berkesan bagi orang yang rasa kepuasan yang diperolehi. Even walaupun dalam sesuatu yang dia tidak jangka hasilnya. Sebagai contoh, belajar siang malam 25 jam, 8 hari seminggu. Tetapi result 'biasa-biasa aje' orang kata cukup makan. Bagi orang yang goyang pada rukun iman ke-6 iaitu percaya pada qadar dan qadar, mungkin dia akan rasa down. Allah tak beri pertolongan, Allah tak sayang lah dan macam-macam. Ia, memang sifat manusia yang akan sentiasa nak kecapi apa yang diimpikan. Tapi jika kita tanam sifat yakin pada Yang Esa, In'syaallah kita akan menjadi seorang yang ikhlas dengan ketentuan DIA.
“Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: ‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih’.” (Q.s. Ibrahim: 7)
1. Luahkan.
Banyak tempat yang kita boleh jadikan tempat untuk kita meluah. Cara luahan yang munajab bagi aku, menangis. Ramai yang kata menangis niee menampakkan kelemahan. Pendapat secara jujur, pada aku menangis nia satu kepuasan. Kepuasan yang boleh menyahkan rasa down (kecewa) dan gantikan dengan satu perasaan ' Biarlah, DIA sedang mengujiku'.
2. Pandang Orang Bawah Kita.
Pupuk rasa bersyukur dengan sentiasa pandang orang bawah daripada kita. Kalau kita rasa, kita dapat 8A je, tengoklah orang yang dapat 5A. Supaya kita akan rasa 'Yaa, aku beruntung, aku bertuah dengan rezeki dari-NYA'. Ujian yang DIA bagi berbeza-beza. Jika DIA bagi rezeki yang banyak, itu jugak merupakan ujian DIA. DIA bijak menyampaikan ujian dalam pelbagai bentuk.
3. Tengok Diri.
Selepas kita tengok orang, tengok pula diri kita. Cari kesilapan, kealpaan kita, kecuaian kita. Mungkin juga syok sangat belajar, sampaikan amalan sunat pun tertinggal. Wajib pun berterabur. Hubungan kita dengan Pencipta, hubungan kita dengan manusia lah dan yang penting makanan rohani cukup ataupun tak.
4. Ikhlas.
Ajar diri untuk ikhlas. Ikhlas terima apa yang DIA rancangkan untuk kita. Positif. Itulah kuasa sebuah keikhlasan.
5. Bersyukur.
Bila ikhlas itu ada. Ia akan seiring dengan sifat bersyukur. Sifat syukur ini merupakan senjata hati untuk jauhi sifat benci pada kehidupan. Bila benci menguasai diri, kita dengan Allah, dengan manusia malah dengan diri sendiri pun akan jauh terpesong. Bersyukur dengan nyawa. Bersyukur dengan rezeki. Bersyukur dengan ruang dan peluang. Bersyukur dengan agama Islam.
Sentiasalah bina tugu Kesyukuran. Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Illahi.
Wassalam.

No comments:
Post a Comment