Salam 14 Ramadhan.
(Lompat!!) Mood : Happy --- Alhamdulillah.
Rezeki setiap manusia dahpun DIA tetapkan, just tunggu masa aje. Ok, angan-angan nak g oversea for degree level, lupakanlah dulu. Sebab, 12.07.2013 result penerapan UiTM dah keluar!! haha, excited bukan kepalang. Yelah, apa pulak ilmu yang kita nk isi dekat dada. Diploma dulu, Estate Management (pengurusan hartanah), macam power aje bunyi kan??haha, tapi sesangat interesting... Kerja nie asyik nama $$$$$. Estate Agent, Valuer, Project Manager, Property Manager, Developer dan macam-macam lah lagi.
Ok, apply degree penerapan UiTM start time aku tengah praktikal. March 2013 kalau tak berapa nak silap lah.. Dan aku apply lahh dengan main sedap baca aje. Tapi ada orang kata jugak, if nak jugak course tuu, buat lah 2 3 pilihan yang sama. Macam aku..hahaha (dah rugi 1 pilihan).
Bila dah rasa bahang result nak keluar. dah datang dah bisikan yang menyedihkan. "Macam mana kalau dapat course selain dari course diploma...oh!! Tak nak!!! Dah lah kena sambung lagi setahun. Total 3 tahun. aahh!!!". Kerana USIA..hahaha
Dan.....Jeng Jeng Jeng!!!! Tibalah 19hb.
First: Alhamdulillah, aku dapat sambung EM jugak!!
Second: (bila dah tahu ramai coursemate yang 1 kelas time diploma dapat dekat Shah Alam.) Aku dekat perak?? Nak Shah Alam, ramai-ramai...:( Tapi ok lah, cos sara hidup pun rendah. Ada hikmah semua nie.Ikhlas Asrar.
Thirst : (Dekat surat tawaran 'Kolej tak disediakan'). Rumah sewa!! tapi aku mana ada housemate!! Tak nak rumah jauh! Nak rumah murah!. Nak ada ruang untuk study! haha, demand.demand. Tapi bertuahnya aku dan malangnya si kerding nie sebab aku boleh menyusahkan dia carikan rumah dan aku kalut pulak cari housemate. Tebal mula post group sane, group sini. haha. Tapi alhamdulillah, dengan bantuan semua pihal. Dapat jugak aku housemate merangkap teman sekuliah. Alhamdulillah, Usaha dan DOA. Rumah fully finished RM600 sebulan, 15minit ke fakulti, puas hati!
Rumah sewa dan selesai. Prints semua surat UiTM pun dah buat. SSPN-i dah buat. Booking MC. Semua dah sedia dan akan dilancarkan lepas raya. Haha.. Sekarang, nak mencari biasiswa, mintak-mintak murah rezeki.Amin.
Ok.Meniti hari ke UiTM Kampus Seri Iskandar. I'm Come Back!!
Wassalam.
.jpg)
































