Monday, 5 November 2012

Solat Istiqarah



Bismillahirahmanirahim....

Perkongsian yang biasa sebenarnya dan ia juga diambil dari sumber lain untuk tatapan semua...mungkin ia menjadi pilihan hidup aku dalam mengjangkau umur yang menunjukkan kematanagn dan apa jua yang kita buat, perlulah dijadikan target...itu pandanagan aku....i"allah sebelum umur aku mencecah yang ke 21 tahun, solat ini akan aku lakukan supaya apa yang ada depan mata sekarang mungkin ia jambatan yng selayaknya untuk aku....i'allah..Rezeki itu nikmat Dia yang sememangnya hanya untuk hamba yang tahu erti sabar, usaha, berdoa dan tawakal....

Solat dua rakaat.
Pada Rakaat pertama dibaca : Surah Al-Faatihah dan Surah Al-Kaafiruun ( Qul yaa ayyuhal kaafirun) dan di rakaat kedua dibaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlaas ( Qul hua Allahu ahad).

Solat Istikharah ini dilakukan sebelum tidur atau ketika sembahyang tahhajuddiakhir malam (selepas jam 3 pagi) dan yang paling afdhal dilakukan sebelum tidur.

Cara lain yang afdhal atau terbaik untuk saudara/i lakukan solat istikaharah danmendapat petunjuk dari Allah ialah dengan melakukan perkara berikut sebelumtidur:-
1. Ambil wudhuk ( akan tidur dalam keadaan berwudhuk)
2. Sembahyang sunat taubat 2 rakaat Pada Rakaat pertama dibaca Surah Al-Faatihah dan Surah Al-Kaafiruun ( Qul yaa ayyuhal kaafirun) dan di rakaat keduadibaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlaas ( Qul hua Allahu ahad).
3. Bertaubat kepada Allah dengan sesungguhnya dengan menyesali perbuatanmaksiat yang dilakukan dan berazam tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut.
4. Sembayang solat hajat agar diberi petunjuk untuk menyelesaikan masalah.Bacaan adalah sama dengan solat taubat.
5. Membaca Al-Quraan sebaik-baiknya surah Yasin6. Sembahyang Istikharah sebagaimana yang diterangkan. Selepas sembahyangterus tidur dengan membaca doa sebelum tidur dan juga ayat-ayat quraan yangmenjadi amalan RAsulullah untuk menghindarkan dari gangguan syaitan.

Doa istikharah dibaca ketika sujud atau selepas solat: 


Mafhumnya:- Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohontakdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu danEngkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya /engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku sertakehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui baha perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanyaserta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku.

Doa solat hajat: 

Mafhumnya:- Tiada tuhan yan disembah melainkan Allah yang bersifat mahamengetahui dan mulia. Maha suci Allah tuhan kepada arays yang maha besar.Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Aku momohon rahmat Mu sertakeampunan Mu, perlindungan daripada segala dosa, serta pertolongan Mu dalam melakukan kebaikan, serta perlindungan daripada setiap perkara buruk serta akumemohon darjat syurga yang tinggi. Jangan Kamu tinggalkan dosa terhadapkukecuali Engkau mengampuninya, tidak ada kesulitan kecuali Engkau permudahkannya, tidak ada hutang kecuali Engkau permudahkan urusan pembayarannya, tidak ada hajat dunia dan hajat akhirat kecuali Engkau perkenankan hajat tersebut wahai tuhan yang pemurah.

Kemudian baca doa yang sepatutnya.

Petunjuk yang akan didapati ialah segala keputusan yang terbetik dihati kita selepaskita melakukan solat istikharah tersebut. Apa saja kecendrungan hati kita selepas ituadalah dikira petunjuk dari Allah Taala. Ramai yang menganggap bahawa adalah berbentuk mimpi ketika tidur selepas melakukan solat istihkarah dantanggapan ini adalah meleset kerana ianya begitu jarang berlaku dan tidak menjadisyarat kepada petunjuk. Memadailah dengan kecenderungan hati kita dalammembuat keputusan. Tetapi kita jangan lupa bahawa kita hendaklah sentiasamengingati Allah Taala dan bertawakkal kepadanya disamping kita menjauhi segalaamalan dan perbuatan yang tidak di redhai Allah demi yuntuk mengelakkangangguan dari syaitan.

Kekeliruan untuk membuat keputusan selepas sembahyang istikharah tidak akantiimbul apabila kita telah bertawakkal kepada Allah dengan sepenuhnya. Apabilakekeliruan masih timbul, ini menunjukkan kurangnya bertawakkal kepada Allah.Buatlah satu keputusan dan terus berpegang kepada keputusan itu tanpa was-was.Sentiasalah berdamping kepada Allah dengan zikir dan Istighfarr. BercintalahDengan Allah kerana Allah samasekali tidak akan menolak cinta hambanya apatahlagi mengecewakan hambanya...berlainan dengan cinta manusia yang bersifatsementara dan hipokrit dan sebagainya.. Semoga saudara/i berjaya. Amiin.

sumber : http://www.scribd.com/doc/6774647/Cara-Sholat-Istiqarah

No comments:

Post a Comment