Thursday, 25 October 2012

Nopen ASHA : Menuju Hatimu



Bismillahirahmanirahim...


Tanganku pantas mengambil buku di laci meja.Tiba-tiba sekeping surat jatuh ke bawah lantai.'Siapa lar yang gatai sangat bg surat layang kat aku ni'.Aku tercari-cari Aisya teman baikku.Entah ke mana dia menghilang.Tanpa membuang masa,pantas sampul berwarna biru itu aku buka.Aku menjerit geram apabila secara tiba-tiba kain sekolahku dipenuhi bedak.Wangi pulak tu.'Ni mesti anak tauke bedak ni'Gumamku.Aku membaca bait-bait yang tertulis.

"Assalammualaikum,awak.Maaf kalau kehadiran surat ini menganggu awak.Jangan risau,ni bukan surat untuk kutip hutang atau surat ancaman bunuh.Surat ini daripada seorang hamba yang mengharapkan sebuah perkenalan dengan seorang wanita berpekerti tinggi.Bagi saya,wanita itu adalah bayangan bidadari yang muncul di saat saya kusut.Atau,dia memang bidadari ? Maaflah saya terlalu romantik atau ayat saya terlalu hiperbola ke ape..Maklumlah,Bahasa Melayu saya selalu dapat A.Saya harap awak dapat sambut salam perkenalan saya ini.Oh ya ! Mesti awak tertanya-tanya siapa saya kan ? Saya..Ehh dakwat pen tiba-tiba habis pulak.Saya nak pergi beli pen ni.Jaga diri,bidadari."

Ngeri dan misteri.Surat misteri itu kulipat rapi.Malas untuk mempersoalkannya lagi.Tapi hatiku masih meronta-ronta untuk menyiasat pengirim surat itu.Kalau aku tahu siapa yang bagi,aku jentik hidung dia sampai merah.Tak pasal kain aku penuh bedak.

"Eh hari ni hari lahir kau ke Siti ? kenapa ada tepung tu?"Pertanyaan Sha aku jawab dengan cebikkan.Apa alasan aku nak bagi dekat dia ? Tak mungkin aku cerita tentang surat ni.Otakku ligat mencari jawapan yang sesuai.

"Tak la.Hari lahir siapa entah tadi.Kawan-kawan dia nak baling dekat dia tapi terkena aku."Spontan.

"Oh.Kesian kau.Tadi aku jumpa Asyraf.Rambut dia kena gunting.Nak buat rambut mohawk konon.Dah macam ayam gila aku tengok dia tadi"

Aku hendak menjawab.Tetapi kata-kataku terhenti apabila mataku bertaut dengan seorang pelajar lelaki yang sedang ralit merenungku.Entah sejak bila dia ada di situ.
Hatiku bergetar hebat.Apa punya renungan si mamat ni bagi.Dalam hati,aku memuji kekacakkannya.Rambut disisir rapi,wajahnya putih bersih,matanya kuyu.Senyumnnya..Pehh…boleh buat orang cair.Tapi,aku tidak tergolong dalam kumpulan itu.Aku manusia berhati batu,hati ini takkan bergetar dengan senyumannya,jiwa aku ini takkan mampu goyah dengan renungannya.

“Jangan berangan woi! Aku tengah cakap pasal Asyraf ni.Apa yang kau tengok kat luar tu?” Tanya Sha.
“Eh sori.takde apa-apa lah.Pasal Asyraf tu,biarlah nak jadi apa pun pada dia.Nak jadi ayam gila ke,kambing gila atau orang gila sekalipun aku tak nak ambil peduli.”Ujarku tegas.Buang masa bercerita tentang lelaki itu.Sangat menyakitkan hati apabila teringat peristiwa setahun lepas semasa di tingkatan 4.

*************************************************************************************************

“Hai,awak tak nak pergi kantin ke ? Sekarang kan waktu rehat.Lagipun,masa rehat mana boleh duduk dalam kelas kan ?”Sapa Asyraf ramah sambil mengambil tempat di sebelahku.Aku mula rasa tak selesa.Aku bangun untuk keluar daripada kelas.Takut terjadi apa-apa yang memalukan diri sendiri.Asyraf menarik tanganku.Cengkamannya erat.Aku terkedu.Dalam hati,aku berdoa kepada Dia agar diri ini dilindungi.
“Eh,takpe..Belajarlah.Saya temankan.”Ujarnya lembut.
Hatiku panas.Mukaku merah menahan marah.Ketika aku cuba melepaskan diri daripada cengkamannya,suara garau menegur di muka pintu.
“Kamu berdua buat apa kat sini ? Sekarang waktu rehat.Eh berpegangan tangan pulak tu.Ikut saya ke bilik pengetua”Tanpa usul periksa,guru disiplin,Cikgu Sharif memberi arahan.Aku menahan air mata untuk menangis.Kalau aku menangis,orang akan anggap aku bersalah.’Kuatlah wahai hati.Berani kerana benar.’Aku memujuk diri sendiri.Asyraf masih dengan muka tak bersalahnya.Dia hanya tersenyum sinis ke arahku.
Peristiwa memalukan itu sampai ke pengetahuan seluruh sekolah termasuklah ibu bapaku.Semua menganggap aku ini wanita liar.Syukurlah,masih ada rakan-rakan yang mempercayaiku.Mereka kenal dengan perangai Asyraf itu.Sejak peristiwa itu,seboleh-bolehnya aku mengelakkan diri daripada bertembung dengan lelaki itu.Melihat wajahnya,membuat dendam yang terpadam kembali membara.

*************************************************************

Aku masih lagi mendapat surat-surat misteri sehinggalah aku menjejakkan kaki ke menara gading.Ingin benar aku berjumpa dengan si pengirim itu.Aku ingin ucapkan terima kasih di atas kata-kata semangatnya.Dia seolah-olah tahu perasaan aku.Pernah suatu hari ketika aku sedang menunggu hari-hari untuk menamatkan pengajianku,aku menangis secara tiba-tiba sebaik sahaja keluar dari dewan kuliah.Entah mengapa perasaanku berat untuk berpisah dengan rakan-rakan seperjuanganku.Tanpa sedar,aku mendapat satu surat yang bertulis
“Kenapa awak muram ? Bidadari saya tak boleh muram macam ni setiap hari.Setiap yang terjadi ada sebab.InsyaAllah,ada yang lebih baik sedang menunggu awak sebaik sahaja awak melangkah kaki keluar dari universiti ni.Senyum.Senyumlah.Senyum.Saya sedang perhatikan awak.Oh ya,saya akan rindukan awak nanti.Jangan pergi jauh-jauh ya !”
Aku terus memandang sekeliling.Pandang kiri,Nurul sedang berbual dengan Anas.Pandang kanan,Liya sedang tidur.Pandang belakang,seorang lelaki sedang mencari-cari sesuatu di rak buku.Aku memusingkan kepala 360 darjah melihat-lihat di dalam perpustakaan itu.Eh ! Aku lupa nak pandang depan.Apabila aku menoleh ke depan Fakhrul Nazmi,rakan sekuliahku sedang memandang tepat ke arahku.Aku terdiam.Kelu untuk bersuara. Takkan dia ? Dia tersenyum.Tapi,takkan dia pulak ? Aku mula dapat surat-surat misteri tu sejak sekolah lagi.Aku pulak kenal dengan Fakhrul ni masa minggu orientasi di universiti.Takkanlah..Kebetulan je kot.
Fakhrul berjalan tenang ke arahku.Dia labuhkan punggung di kerusi kosong di depanku.
“Hai.Baru hari ni berani nak tegur awak.Selama ni segan nak tegur walaupun kita satu jurusan.”
“Err hai.”Balasku kaget.Lelaki yang selama ini aku anggap seorang yang sombong menegurku.Mahu pengsan rasanya.
“Kalau awak sudi,saya nak jadik kawan awak.Sampai bila nak berdiam diri kan ?”Ujarnya sopan.
Aku hanya tersenyum mengangguk.Tak salah berkawan asalkan mengikut jalan yang diredhai Allah.Siapa tahu nanti dialah yang akan memimpin tanganku ke syurga nanti.Aku tersenyum.Tinggi betul anganku.Entah kan tercapai dek tangan.
Semakin hari hubunganku dengan Fakhrul semakin akrab.Lelaki itu punya auranya tersendiri.Dia sangat menghormatiku sebagai seorang wanita yang begitu menitikberatkan soal agama.Fakhrul seorang pendengar yang baik.Dia selalu memberi nasihat untukku.Suatu hari dia datang ke pejabatku.Aku agak terkejut dengan kehadirannya.Dia ketawa melihat tingkahku yang agak kekok untuk menyusun fail untuk mesyuarat yang akan diadakan.Walaupun itu bukan kerjaku,sekurang-kurangnya aku dapat meringankan beban pembantuku.Tiba-tiba dia menegurku.
"Tumpang tanya,boleh saya tahu jalan nak ke hati awak ?" Tanyanya serius.
Aku ketawa menyembunyikan rasa gugup.Sejak akhir-akhir ini ada saja kata-katanya yang membuat malam-malamku penuh mimpi indah.
“Saya nak jawapannya.Takut terlambat pulak nanti”Katanya lagi.
“Pergi tanya ayah saya”Jawabku pendek.Aku segera beredar dari situ.Takut degup jantungku didengarinya.Lagipun,kehadiran Danial,teman sepejabatku yang mengarahku untuk segera masuk ke bilik mesyuarat membuatku tersedar yang aku sudah terlambat untuk mnghadirinya.Fakhrul terpinga-pinga dengan tindakakanku.Aku terdengar Danial menegur Fakhrul.Mungkin tujuan kehadiran Fakhrul adalah untuk berjumpa dengan Danial.Mereka berdua memang bersahabat sejak zaman universiti lagi.Walaupun Danial merupakan teman sekerjaku merangkap kawan baik Fakhrul,aku jarang menegurnya.Lelaki itu antara jejaka rebutan di pejabat ini.Takut kalau aku menegurnya,aku dianggap salah seorang yang mencuba nasib.
Selesai mesyuarat,aku mendapat sepucuk surat.Siapalah si pengirim ini.Hampir 10 tahun dia menghantar surat kepadaku.Tak jemu agaknya.
“Beraninya dia tanya macam tu.Jawapan awak pula menyakitkan hati saya.Kenapa awak tak kata hati awak milik si pengirim surat misteri ? Susah betul cinta dalam diam ni kan ? Awak jangan marah ya ! Tunggulah saya.Jangan jemu sebagaimana tidak jemu saya mengirim surat ini kepada awak.

kau jaga selalu hatimu
saat jauh dariku tunggu aku kembali
ku mencintaimu selalu
menyayangimu sampai akhir menutup mata
kau mampu membuatku tersenyum
dan kau bisa membuat nafasku lebih bererti

Bait-bait lirik lagu dendangan band Indonesia itu aku baca.Peli.Kenal pun tidak suruh aku jaga hati aku untuk dia.Sewel !
Aku merenung kosong ke siling.Apa aku nak buat ni ? Hari Ahad macam ni takde langsung cerita best.Lagu Tuhan Jagakan Dia dendangan Motif Band berkumandang di ruang tamu.Sengaja aku menggunakan lagu itu sebagai nada dering telefon bimbitku.Si pengirim misteri pernah meminta aku mendengar lagi itu.Tanpa membiarkan si pemanggil menunggu lama,aku segera menjawab panggilan tersebut.
“Assalammualaikum,Siti.Ni Mak Cik Sahriah.Maaflah kalau makcik mengganggu.Mak Cik nak bincang sikit dengan Siti.”
“Apa dia makcik ?”Aku bertanya kaget.Tidak pernah wanita ini menelefonku.Aku cuba menenangkan hati.
“Tolong jauhkan diri daripada Fakhrul.Tak payah nak jumpa lagi.Anggap saja Fakhrul tak pernah Siti kenal.”Kata-kata itu menyentap tangkai jantungku.
“Ke..Kenapa ? Apa salah saya ?”Tanyaku.Di saat cinta untuk Fakhrul mulai tumbuh,permintaan Mak Cik Sahriah pula yang aku terima.
“Ada yang lebih baik untuk Siti.Fakhrul dengan Siti tak layak untuk berganding bersama.”

**************************************************************************

Keesokan paginya,aku terus ke pejabat Fakhrul.Tanpa salam,tanpa senyum aku terus meluru masuk ke dalam ruang pejabatnya.Aku mahukan penjelasan.Kenapa semua ini berlaku kepadaku.
“Awak,kenapa tiba-tiba mak awak suruh saya jauhkan diri daripada awak? Kalau awak ada teman wanita sekali pun,takkan dia nak marah ? Kita Cuma berkawan kan ?”Kataku.Payah untuk aku ucapkan kaat-kata itu sedangkan hatiku benar-benar sedang jatuh hati padanya.
“Saya buat ni untuk kebahagiaan awak.Percayalah.Kalau kita terus rapat macam ni,saya tak dapat beri ruang untuk seseorang masuk ke dalam hati awak.”Ujarnya tenang.Aku hanya diam.Menunggunya untuk menyambung kata.
“terlalu mencintai orang yang bukan sempurna milik kita.Putus tanpa sempat ke penghujung.Terlalu pedih rasanya”Sambungnya lagi.Apakah selama ini kami punya rasa yang sama?Aku terus keluar dari pejabatnya.Berlama-lama di situ,pedihnya hanya tuhan yang tahu.
Aku akur dengan ketetapan Allah.Aku akur dengan permainan yang dirancang Fakhrul.Aku tahu setiap yang terjadi ada rahsiaNya.Pastinya,rahsia itu sememangnya yang terbaik untuk hidupku.Aku serahkan segalanya pada Dia.
“Siti,saya tengok awak muram je.Ada masalah ?”Soalan yang tak diduga diucapkan oleh Danial.
“Saya okay jer.Cuma hari ni kurang sihat sikit.Tak cukup tidur agaknya.”Bohongku.
“Awak dah kurang sihat hampir sebulan.Siti,bangkitlah dari duka awak.Semua yang terjadi ah ditentukan.Kenapa perlu awak menangis untuk sesuatu yang melukakan awak ? Ingat ya apa saya kata,kalau seseorang dah sakitkan kita,jangan menangis.Kita menunjukkan yang kita lemah.Kita kena senyum berlagak macam takde apa yang jadi.”Dia berkata seraya merenungku.
Renungannya mengingatkan aku pada sesuatu.Ya ! Dia budak lelaki yang pernah merenungku di luar kelas ketika aku sedang berbual dengan Sha suatu ketika dulu.Kalau tak silap,kami sedang berbual tentang Asyraf.Sudah kahwin mamat tu.Dah jadi ayah orang pun.
Aku cuba pratikkan kata-kata Danial.Ya betul sekali kata-katanya.Aku bangkit dari kedukaan dan cuba senyum menghadapi hari-hari mendatang.Hasilnya,tenang yang aku rasa.Terasa diri ini disayangi dan dilindungiNya.Aku bersyukur kerana Dia telah menghadirkan Danial untuk menjadi pengubat dukaku.Lelaki itulah yang selalu memberi kata semangat.Lelaki yang dulu bagiku menjengkelkan,rupanya seorang lelaki yang menyenangkan.

********************************************************************

“Awak,saya masuk pertandingan Cari Barang Dalam Kopi masa Hari Keluarga nanti.”Ujarku teruja.Danial ternganga mendengar perkhabaran daripadaku.
“Eleh setakat cari barang.Apa kelas…”Ejeknya.
“Awak ingat nak cari barang dalam kopi tu senang ? Kopi tu pahit awak tahu tak?”Aku tak mahu mengalah.
“Awak rasa awak boleh menang ke ?”Tanyanya selamba.Ingin sahaja aku hempuk fail ke mukanya.Reaksinya selamba melihat mukaku yang merah menahan bengang.Dia menghirup air Nescafe dengan lagak bersahaja.Sempat lagi dia mengangkat kening memita jawapanku.
“Awak niiii..Tak supportive langsung”Ujarku lau pergi meninggalkannya.Merajuklah kononnya walaupun aku tahu pertanyaannya lebih kepada guarauan.
“Eh ! Janganlah merajuk.Maaf okay.Kalau awak menang,saya akan bagi tahu sesuatu kat awak”Ujarnya lantang memandangkan aku semakin jauh meninggalkannya.Staf-staf yang lain mula berbisik-bisik.Lantaklah.
Hari yang ditunggu tiba.Danial turut datang memberiku semangat.Nampak mudah tapi sebenarnya susah.teringat zaman persekolahan dulu.Habis comot mukaku dengan tepung.Tapi sekarang,mukaku habis comot dengan kopi.Siapa punya idea la ni.Tanpa disangka,aku memenangi pertandingan itu.Aku terlalu teruja.Tak sia-sia mukaku comot dengan kopi.
“Eleh permainan senang macam tu,memanglah semua boleh menang”Ujar Danial setelah majlis Hari Keluarga selesai.
“Saya tak peduli dah dengan semua tu.Yang penting sekarang,awak nak bagitahu saya apa ?”Tanyaku tak sabar.Dia Nampak gugup untuk bersuara.Mungkin tak bersedia.Aku memberinya waktu untuk menyusun kata walaupun hati ini begitu melonjak-lonjak untuk mengetahuinya.
“Saya…”
“Awak kenapa ?”Aku tak sabar-sabar untuk mengetahuinya.
“Saya..nak bawak awak ke rumah saya.Jumpa dengan mama dan ayah.”Agak gusar wajahnya.Bebola matanya bersinar seolah-olah meminta aku menerima pelawaannya.
“Bila?”Tanyaku sambil meneguk air mineral yang dihulurkannya.
“Sekarang.Kalau awak sudilah.”Ujarnya tenang.Dia memandangku sekilas.Lalu pergi mendapatkan beberapa orang staf syarikat yang sedang berbual-bual di tengah padang.Sewel ! Pondok ada,khemah ada tetap juga nak berjemur tengah padang.Getusku.
Mungkin dia memberiku peluang untuk berfikir.Aku sebenarnya masih terkejut dengan pelawaanya.Belum bersedia dan tak pernah terfikir untuk berjumpa dengan orang tuanya.Dia sesekali menoleh ke arahku.Aku sedar tentang itu.Adakalanya ketika dia berbual dengan rakan-rakannya,matanya merenungku.Aku mengenepikan perasaan yang membisik.Merayu-rayu untuk membuka hatiku untuk mencintainya.
“Kau ni kenapa termenung dari tadi.Cik abang sayang tinggalkan sekejap je.Takkan nak merajuk kot.”Tanya Emma yang tiba-tiba berada di depanku.
“Apa kau merapu sampai abang sayang semua ni.Takde apa-apa lah.Aku Cuma mengenang nasib diri yang jauh daripada keluarga lah.”Tipuku.
“Tak payah nak mengenang sangat lah.Danial kan ada.Dia boleh jaga kau.”Usiknya.
Aku hanya senyum hambar.
“Ala terima je la.Jumpa orang tua dia je kot.Bukan nak meminang terus.”Ujarnya.
Aku melongo.”Macam mana kau tahu ?”
“Haa tu la.Asyik sangat bercinta.Aku pun kau tak perasan.Terima je la pelawaan dia.Tu maknanya dia serius dan ikhlas berkawan dengan kau.Dah tiba masa kau kenal parents dia pulak.Pergi je.”
Aku diam.Tak tahu apa harus aku lakukan.Ya Allah,bantulah aku.Dia melangkah tenang ke arahku.Pastinya dia meminta jawapan daripadaku.Cermin mata hitam yang disangkut di kolar dikenakan.Nampak bergaya.Memang patutlah dia menjadi antara bujang idaman di pejabat.Senyumannya,lirik matanya,gaya jalannya semua mempunyai aura tersendiri.Baru perasan,dia ada lesung pipit di pipi kanannya.Comel ! Pujiku dalam diam.
“So,nak ke tak?”Tanyanya.
“Nak ! Mestilah nak.Dia kata tadi rugi kalau tak jumpa parents awak.”Celah Emma.Memandai je.Aku menjelingnya tajam.Kata-kata Emma tidak dipedulikan.Dia masih memandangku meminta jawapan.
“Okay.Tapi bukan sekarang.Bukan hari ni.Berikan saya masa.”Putusku.
Dia hanya tersenyum.
Hujung minggu itu,aku ke rumahnya.Hatiku berdebar.Amat mengharapkan orang tuanya merestui persahabatan kami.Dia tak jemu menenangkanku semasa dalam perjalanan.
“Awak dengar lagu ni.Saya tujukan untuk awak.Saya doakan Allah lindungi awak,beri awak ketenangan dan kebahagiaan yang berkekalan.Jangan risau,nanti saya ada je kat sebelah awak.Samapi awak rimas.”Ujarnya.
“Tuhan,jagakan dia.Dia kekasihku.Kan tetap milikku.Aku sungguh mencintai.Sungguh menyayangi.Setulus hatikuuuuu”Dia terus menyanyi tanpa rasa segan.
“Dah ! Dah.Suara awak memang sedap.Tapi awak tengah drive kan.Nanti tak sempat saya jumpa mama awak.”Ujarku.
“Awak ,janganlah cakap macam tu.Mama dah tak sabar nak jumpa awak.Mama tu okay je.Awak jangan risau.Kalau awak tak selesa,cepat-cepat bagitahu saya.Saya hantar awak balik.”Pujuknya.
Sampai sahaja di rumahnya,aku disambut oleh beberapa orang kanak-kanak.Terasa macam VIP pulak.
“Ni anak-anak kakak dan abang saya.Thiya,Aulia,Danish,Darwin,Adzra err apa nama yang lagi sorang ni.err Wardah.Salam makcik ni”Arah Danial.
“Kalau awak cakap anak buah je kan senang.”Ujarku sambil menyalami tangan anak-anak buahnya.Adzra yang aku anggarkan berumur lebih kurang 5 tahun menarik tanganku masuk ke dalam.Aduh..Aku segan ni.Aku sempat memandang Danial di sisi.Dia hanya menjongketkan bahu dan menarik Adzra ke dalam dukungannya.
Aku disambut mesra oleh mama,ayah dan adik beradik Danial.Dia tak bagitahu pun hari ni merupakan hari lahir Thiya dan Aulia.Malunya ! Dahlah tak bawak hadiah.
“Thiya ! Aulia ! ni hadiah daripada makcik Siti dengan Paksu.”Danial menyerahkan sebuah bungkusan kepada kembar itu.
Aku tergamam.Mama Danial,Makcik Sarina hanya tersenyum.
“Siti,jom sini borak sambil ambil angin kat luar.Biar kaum Adam ni bergosip kat sini.”Makcik Sarina memegang lenganku.
“Eh Lalink ni gaya bercakap macam abang ni taiko besar kan ?”Gurau ayah Danial,Pakcik Adam.
Lalink ? Aku melongo.Romantiknya alahai!
“Apa la Lalink ni.Maksud Darling bukan kaum Adam bin Mansor.”Cebik Makcik Sarina.
Romantiknya diorang ni.Patutlah anak teruna bongsu dia ni jiwang semacam. Getusku.

*********************************************************************************************

Aku berbual-bual dengan Makcik Sarina dan Kak Yasmin.Dua orang wanita ini memang peramah.Makcik Sarina menceritakan tentang kenakalan Danial semasa kecil.
“Pernah satu hari dia kurung Yasmin dalam bilik.Hampir seharian jugaklah Yasmin menangis minta dikeluarkan.Masa tu Mama takde kat umah.”Cerita Makcik Sarina.Sejak aku melangkahkan kaki ke rumahnya,dia membahasakan dirinya 
Mama.Berat untuk lidah ini memanggilnya Mama.
“Siti bertuah tahu tak ? Danial tak pernah kenalkan mana-mana kawan perempuannya pada kami.Siti lah yang pertama.”Kata Kak Yasmin tanpa dipinta.
“A’ah.Betul tu.Selama ni,bila Mama tanya pasal kawan perempuan,dia diam je.Macam-macam alasan dia bagi.Tapi sejak akhir-akhir ni bila Mama tanya dia sengih-sengih pulak.Kadang-kadang bila dia duduk sorang-sorang,senyum pulak.Lepas tu,kejap-kejap check handphone.Takut juga Mama kalau apa-apa jadi pada dia.”Cerita Makcik Sarina panjang lebar.
Aku hanya mampu tersenyum. ‘Akukah penyebab dia begitu ? Atau ada wanita lain yang mengisi ruang hatinya.Mungkin aku hanya sahabatnya.Tak mustahil kalau tanpa pengetahuanku dia berkasih dengan wanita lain.Mungkin belum sedia untuk diperkenalkan kepadaku.’
Hampir malam juga aku di rumah Danial.Keramahan Makcik Sarina membuat aku merasakan hari ini terlalu singkat.
“So,macam mana Mama saya ? Awak selesa dengan dia ?”Tanya Danial ketika dia menghantarku pulang.
“Selesa sangat.Mama awak baik sangat.Untungnya awak ada Mama yang macam tu.Saya dah mula dah sayang mama awak.”Jawabku terus terang.
“Aik ! Awak baru je jumpa mama saya hari ni.Tak sampai sehari pun borak awak dah mula sayang.Saya yang awak dah pernah jumpa hamper sepuluh tahun awak tak pulak sayang.”Usiknya.
“Sepuluh tahun ?”Tanyaku pelik.’Apa betul dia adalah pelajar lelaki yang merenungku dari luar kelas semasa sekolah dulu ?’
“Muka saya sekarang dengan muka saya masa sekolah dulu lain ya sampai awak tak kenal ?”Tanyanya.
“Awak yang dulu pandang saya masa saya kat dalam kelas dulu ?”Tanyaku.
“Awak ingat lagi ? Mesti renungan saya buat awak tak tidur malam kan ?”Usiknya lagi.Aku terdiam.Memang betullah.
“Sebenarnya,tu bukan kali pertama saya renung awak.Kalau awak nak tau,setiap hari saya perhatikan awak.Pernah kawan saya kata saya stalker.Tapi saya buat tu semua untuk lindungi awak.Bila habis sekolah menengah,saya takut sangat sebab tak dapat jaga awak lagi.Takdir Allah,kita dapat tawaran daripada universiti yang sama.Jurusan yang sama pulak tu.”Sambungnya lagi.
“Kenapa awak tak pernah tegur saya ?”Tanyaku polos.Aku agak terkejut sebenarnya.
“Malas.Saya takut kita hanyut.Saya takut pelajaran kita terabai kalau saya mendekati awak walaupun saya tahu 1001 kemungkinan awak ada kekasih lain.Tapi saya tetap tak nak jadi punca awak gagal.”Ujarnya sambil memandu dengan tenang.Jalan yang sesak seolah-olah memberinya lebih banyak masa untuk bercerita.
“Surat berbedak ? Nota ?”Tanyaku persis seorang pegawai polis.
“Saya harap awak tak rasa terganggu dengan surat-surat tu semua.Saya dah lama nak terus terang,tapi kekuatan tu terus hilang sebaik saja saya sedar dalam jiwa awak,masih terisi dengan kenangan bersama dia.”Ada riak kecewa di matanya.Patutlah sejak aku rapat dengannya,tiada lagi surat-surat misteri.Aku ingin bertanya lagi tentang surat-surat itu.Tetapi hatiku lebih tertarik untuk bertanya tentang ‘dia’ yang dimaksudkan.
“Siapa ? Awak ni bomoh ke sampai tahu apa yang ada dalam hati saya ?”Tanyaku sedikit tinggi.Kenapa perlu diungkit kisah yang menyakitkan itu sedangkan dia juga yang memintaku melupakan hal itu.
Dia tersenyum. “Memang susah nak lupakan orang yang kita sayang.Walau macam mana sakit sekalipun awak ditinggalkan,jangan benci Fakhrul.Dia pun tak sanggup nak tinggalkan awak dengan tiba-tiba.Kalau satu hari nanti dia kembali,awak buatlah keputusan yang awak rasakan terbaik untuk hidup awak.Masa tu,awak kena tahu yang saya redha dengan setiap keputusan awak.”Matanya berkaca.Bermakna sungguh kata-katanya. ‘Kalau satu hari nanti dia kembali’ Aku mengulang kata-katanya dalam hati.
Sebaik sampai di rumah,aku kenalkan dia pada ibuku.Wanita besi yang selama ini berpenat lelah membesarkanku.Tidak aku nafikan Danial adalah seorang lelaki yang berpekerti tinggi.Aku terus masuk ke bilik untuk menyalin baju dan membiarkan Danial berbual dengan Ibu dan Along.Sekurang-kurangnya nanti ibu tak risau bila aku keluar dengannya.Pagi tadi semasa Danial menjemputku,Ibu keluar menziarahi jiranku.Jadi Danial hanya meminta izin untuk membawaku keluar daripada Along.

 **********************************************************

Sebaik sahaja Danial masuk ke dalam kereta,ibu terus masuk ke rumah seolah-olah mengerti yang aku perlukan masa untuk bercakap dengan lelaki itu.Danial juga seolah-olah mengerti.Dia memandangku menantikan kata dari bibirku.
“Kalau satu hari nanti dia kembali,pertahankan hubungan kasih sayang yang kita jalinkan selama ini.Awak sangat istimewa dalam hidup saya.Tak mungkin saya sanggup kehilangan awak.”Ujarku jujur.Memang itu yang kurasakan ketika ini.Mungkinkah hati yang terkunci rapi ini berjaya dibuka?Aku tak mahu terburu-buru.Lebih baik aku diamkan saja.
“Saya tak dapat janji.Hati manusia tak boleh dipaksa.Saya takut awak pula yang berubah hati.”Jawabnya.
Aku terdiam.Aku berpesan pada dia sedangkan aku tidak berpesan pada diriku sendiri.
“Terima kasih sebab sudi jadikan saya istimewa dalam hidup awak.Tapi,awak kena ingat yang satu ni.Redha takdir Allah.Segala-galanya boleh berlaku.Mungkin balik nanti saya accident.Siapa tahu.”
“Awak ni kenapa cakap macam tu ? Kalau apa-apa jadi kat awak siapa nak jaga mama dengan ayah awak,adik beradik awak,say…”Aku tidak meneruskan kata setelah tersedar bahawa aku sudah terlepas cakap.Aku berpura-pura membetulkan tudung.
“Apa dia ? Mama saya kata kalau bercakap kena habiskan nanti…”Kata-katanya terhenti selepas melihat sebuah kereta berhenti betul-betul di depan keretanya.
Seorang lelaki bertopi keluar dari tempat duduk pemandu. ‘Susuk tubuhnya macam aku kenal.’
“Assalammualaikum” Ucap lelaki itu.
Fakhrul ! Aku memandang Danial.Wajahnya bertukar keruh.
“Waalaikumsalam.Awak nak apa ?”Tanyaku dingin.Danial keluar dari kereta lalu bersandar di keretanya.Menanti butir bicara daripada kami.Menunggu mungkinkah pertelingkahan yang akan berlaku atau bermulanya segmen Jejak Kasih.
“Saya pernah tanya awak jalan nak ke hati awak kan ? Awak suruh saya tanya ayah awak.Saya dah tanya dah.Dia izinkan saya ke hati awak.Kalau tak percaya tanya sendiri kat dia.”Terangnya.
“Awak ingat saya ni bodoh sangat ke ? Cukup sekali awak permainkan saya”Tengkingku.Danial terkaku.Mungkin tidak pernah melihat aku bertindak sedemikian.Fakhrul apatah lagi.Wajah tenangnya bertukar kecewa.
Tiba-tiba pintu di sebelah tempat duduk pemandu dibuka dari dalam.
“Ayah!” Aku kaget melihat ayah keluar dari kereta Fakhrul.Setelah hampir bertahun tidak berjumpanya selepas dia dan ibu berpisah,hari ini kami dipertemukan.Bertemu dengan lelaki yang pernah aku sayang dan lelaki yang selalu aku sayang.Sesuatu yang tak terduga.
“Zarith Sofia,macam ni ke ibu mendidik Zarith selama ni ? Mana budi bahasa Zarith ?”Marahnya tiba-tiba.
“Zarith ?”Fakhrul dan Danial terbuntang.Kenapa Zarith ? Mungkin itu yang berada di fikiran mereka.
“Perlu ke saya berbudi bahasa dengan lelaki ni ? Ayah,sebab lelaki tak guna ni Zarith menderita.Sebab lelaki keparat ni,Zarith…”Kata-kataku terhenti dek gangguan Danial.Sibuk betul lah dia ni.Orang tengah ada ‘feel’ ni.
“Jangan macam tu depan ayah awak.Lagipun Fakhrul bukan sengaja tinggalkan awak.Semua ni sebab saya.Fakhrul beri saya peluang untuk mendekati awak sebab dia tahu saya sangat cintakan awak.”Terangnya jujur.Aku terkaku.Danial tenang.Fakhrul tercengang.
“Dia jauhkan diri daripada awak sebab dia beri saya peluang.”Ulangnya sekali lagi. “Saya beritahu Danial perasaan saya pada awak.Saya minta tolong dia sebab awak rapat dengan dia.Saya minta dia beri saya waktu untuk mendekati awak.Semua ni salah saya.Saya berlagak macam hero masa awak kesedihan ditinggalkan Fakhrul.Sedangkan sayalah punca semua ni.Saya minta maaf.”
Pengakuan Danial memeranjatkanku.Drama apa yang dia lakonkan malam-malam ni.Dekat depan rumah pulak tu.Kalau mak keluar ni,habislah.Wujud pulak filem Ombak Rindu Mengganas.
“Mencintai tu tak semestinya memiliki.”Ujarku kepada Danial lalu terus masuk ke dalam rumah.Lelaki yang aku mulai percaya telah memusnahkan kepercayaan ini.Apa sebenarnya yang dirancang.Aku sudah cukup menderita dengan permainan Fakhrul.Kini dia pula membabitkan hatiku yang mula mencintainya ke dalam kancah penipuannya.’Lelaki semuanya sama !’ Jerit hatiku.
Malam itu tidurku ditemani air mata.Sakit hati ini dikecewakan lelaki itu.Kini aku sedar sekeras mana hati ini,aku pasti akan menangis kerana seorang lelaki.Apa agaknya yang ayah fikirkan setelah melihat perlakuan biadabku.Aku mula rasa bersalah.Walau apa jadi sekalipun,aku ini anaknya.Ya,Allah kau ampunilah aku di atas ketelanjuran itu.Aku terlalu mengikut amarah.Aku tidap ambil peduli apa yang berlaku di luar rumah selepas aku masuk ke rumah.Mereka yang mulakan,biarlah mereka yang selesaikan.Mujur ibu tidak tahu.Dah tidur agaknya.Tapi,ayah..Kenapa dia ikut Fakhrul ke sini ? Aku terus mengelamun memikirkan jiwa yang terluka.Sehinggalah akhirnya aku tertidur.
Subuh itu,aku sujud padaNya.Menyerahkan segala urusan hidupku kepadaNya.Kepada Dia aku mengadu kerana aku tahu Dia mendengarku.Aku akur.Ini ketentuan Dia.Aku perlu bangkit.Dalam sujudku,aku ternampak bayang wajah Danial tersenyum.Ya Allah,petunjuk apa ini ? Aku bertekad.Dua lelaki itu perlu dilupakan.Aku takut hati ini akan menyimpan dendam terhadap mereka berdua.Aku perlu bangkit.Walaupun nanti senyuman palsu yang akan aku hadiahkan.
Di pejabat,aku berlagak tenang.Danial langsung tidk menegurku namun tidak pula lari apabila bertemuku.Dia juga berlagak tenang.Riak ketenangannya pasti boleh dipercayai kerana dialah bakal pelakon popular menggantikan Aaron Aziz.Lelaki penipu ! Keadaan itu berterusan hampir seminggu.Pada masa yang sama,hampir seminggu juga keretaku ditampal dengan sticky note yang bertulis “Maafkan saya” Entah siapa punya kerja.Aku hanya membiarkannya.Mungkin salah seorang daripada 2 lelaki itu. ‘Kalau aku tahu siapa punya kerja,siaplah aku tampal dekat muka dia pulak.’ Getusku.
Tengahari itu,aku terpaksa mengorbankan masa makanku untuk menyiapkan kerja-kerja terbengkalai.Tanpa diduga,Danial menegurku. “Tak keluar makan ? Kerja tu nanti pun boleh buat.Tak payah nak rajin sangat lah.”Ujarnya lalu terus beredar.
Akhirnya,setelah seminggu suaranya tidak kudengari,terlerailah segala rindu kepadanya.Aku akui walaupun dilukai,kasih ini semakin bertapak untuknya.Bagiku,tidak mengapalah kalau tak dapat mendengar suaranya asalkan wajahnya dapat kutatap.Kita rindu okay ! Melihat wajahnya,aku rasakan bagai ada air yang mengalir di ubun-ubunku.Sejuk.Tenang.Serta-merta kemarahan yang meluap-luap di hati menjadi reda.Kerana itulah aku sering menatapnya.Tanpa jemu.
“Hai.Awak sihat ? Jom keluar makan.Kita perlu berbincang.”Fakhrul menelefonku beberapa minggu setelah peristiwa ‘malam rahsia bocor’ itu.
“Tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi.”Kataku cuba menahan sabar.Tak pasal nanti dia kata aku gila nak marah-marahtanpa sebab.’Eh ! Aku ada sebab untuk marah dia.’Aku berdehem lalu menyambung kata-kataku. “Awak ingat,dengan keluar makan kita dapat selesaikan masalah ni.Saya dah serik lar,buaya !”Jerkahku.Beberapa pluh minit kemudian,ibu memanggilku keluar.
“Kawan Zarith datang.Dia minta izin dengan ibu untuk bawa Zarith keluar.”Kata ibu.’Ni mesti Fakhru.Dasar budak terjal.Degill.’Marahku.Aku segera mencapai tudung.Ingin saja aku ambil parang.Tapi nanti jiran-jiran kata apa pulak.Ternyata aku silap.Ya memang aku silap.Ya,aku silap.Bukan Fakhrul.Danial datang untuk apa ?
“Assalammualaikum.Zarith,awak tak tandatangan lagi kat dokumen ni.Boleh tandatangan sekarang tak ? Saya nak hantar kat bos ni.”Ujarnya seraya menyerahkan sebuah dokumen kepadaku.Lambat-lambat aku membaca isi dokumen tersebut.Tiba-tiba,
“Sayang,kenapa lambat sangat ni ? Cepatlah nanti kita terlepas waktu tayangan.Tadi beria ajak I tonton Ombak Rindu”Rengek seorang perempuan dari dalam kereta.’Siapa pula perempuan ni ? Datang dari planet mana ? Dari negeri mana ? Rambut macam mandi air karat.Perasan Beyonce lar tu.’Getusku.Aku cuba menyembunyikan rasa cemburu.’Patutlah tak nak pujuk aku.Tak nak pula minta maaf.Rupa-rupanya ada wanita lain yang mengisi ruang hatinya.’Aku akur.
“Terima kasih,Zarith Sofia.”Tanpa senyum,dia berlalu pergi.Sempat wanita berambut karat itu menghadiahiku sebuah senyuman sinis.Aku berasa kalah.Aku berasa lemah.”Ya,Allah,dugaan apa lagi ?”Rintihku perlahan.Aku rasakan air mata mula mengalir.Terbayang-bayang wajah perempuan tadi.Danial,kenapa awak buat saya macam ni ? Kenapa awak uji jiwa halus ini.Permainan jiwa yang awak lakukan ini cukup hebat.Kenapa saya ? Aku berlari masuk ke rumah.Bertemu Dia,mengadu kepadaNya.
Malam itu,aku bertemu dengan Aisya,rakan sekelasku dulu.Kebetulan dia menelefonku untuk makan malam bersamanya.Pada dia,aku ceritakan segala-galanya tentang situasi diriku.Dulu,Fakhrul tempat aku berkongsi cerita.Kemudian,Danial pula yag setia mendengar.Kini,aku bercerita tentang mereka berdua pula kepada Aisya. Dia seorang perempuan.Pastinya dia faham perasaanku.Aisya diam mendengar ceritaku sebelum dia meminta diri ke tandas.
“Assalammualaikum.”Ujar satu suara.
“Waalaikumsalam”Jawabku seraya memandang tuan punya suara.Terkedu.Tergamam.Kenapa ‘masalah’ini perlu ada saat aku sedang memujuk hati.
“Tutup mulut,tak perlu cakap apa-apa.Saya minta maaf.Saya terpaksa tinggalkan awak demi keselamatan awak.Saya minta Danial jagakan awak.Sebab saya tahu Danial pun sayangkan awak dalam diam sebab tu saya beri kepercayaan kepada Danial untuk jaga awak.Danial pun dah janji untuk ubati luka awak.Cuma saya tak sangka,Danial berjaya curi hati awak.”Ujarnya perlahan.Dia menantikan kata-kata dariku.Aku tahu.Tapi,aku tak mampu untuk katakan apa-apa.Hati ini terlalu sakit.Terlalu menderita.Mujur aku masih diberi kekuatan.Aku mengumpul semangat.Untuk katakan sesuatu.Untuk menamatkan penderitaan ini.
“Mungkin awak fikir bila saya dah jatuh cinta pada awak,hati saya takkan tertarik untuk lelaki lain,jadi awak dengan senang –lenang sesuka hati tinggalkan saya dengan alasan demi keselamatan saya.Awak silap.Terlalu silap.Untuk pengetahuan awak,hati saya dah beku.Dan yang paling penting,awak bukan manusia yang sesuai untuk mencairkannya semula.”Ujarku.Aku masih mengawal diriku.Takut-takut kalau pengunjung restoran itu mendengar apa yang kami katakan.Tak pasal nanti diorang kata kami pasangan yang sedang bergaduh.
“So,manusia bertuah tu siapa ? Danial ? hey awak ni buta ke ? Terang-terang dia permainkan hati awak,dia ada perempuan lain pun awak tetap suka dia.Danial…Danial..Mak Esah manalah yang kau jumpa.”Ejeknya.
“Dia atau awak yang permainkan hati saya ? Walaupun Danial tak pedulikan saya lagi sekarang,sekurang-kurangnya dia ada masa saya kesedihan.Awak ? Mana awak pergi ? Tiba-tiba datang balik,minta maaf,berlagak macam takde apa-apa jadi.Awak ni betul tak ?”Tanyaku sinis.Pasangan yang sedang menikmati makan malam di meja sebelah terpandang-pandang.Dan aku tahu,sekarang memang masa untuk aku tinggalkan tempat ini.Benci untuk memandangnya lama-lama
Aku terus berjalan pantas meninggalkan restoran itu.Perasaan aneh tiba-tiba menyerap dalam jiwaku.Bagaikan ada mata yang memandangku.Aku dapat rasakan kehadirannya di sini.Aku memandang ke belakang walau aku tahu aku tak sepatutnya berbuat demikian kerana sudah pasti Fakhrul sedang mengikuti langkahku.Apabila mata kami saling bertaut,hati yang tadinya bagai dihentam ombak mulai tenang.Bagaikan ada air yang membasahi ubun-ubunku.Seolah-olah kasih sayang lelaki itu terasa di jiwaku.Danial ! Dia memandangku dengan wajah kosong.Namun,hatiku tetap bergetar hebat.
“Zarith.”Namaku disebut perlahan.Kami masih lagi berdiri kaku di hadapan pintu masuk restoran itu.Kelibat Fakhrul langsung tak kelihatan.Dia memang tak bersungguh menagih kemaafan daripadaku.Aku berlagak tenang di haapan Danial.Aku ingin menunjukkan kekuatanku walaupun tanpa dia.Walaupun dia melukakanku.Untuk menunjukkan juga aku tidak terkesan dengan segala perlakuaannya yang menyakitkan.
“Apa dia ?”Tanyaku tenang.Tanpa senyum,tanpa perasaan.Dia berjalan mendekatiku.Aku tidak berganjak walau selangkah.Aku memeluk tubuh untuk menunjukkan keegoanku.Aku palingkan wajahku daripadanya seolah-olah dialah manusia yang paling ku benci.Sedangkan,wajah itu yang paling ku rindu.Ku tahan perasaan itu.Takut nanti bertambah kecewa.Dia memandangku lama.Diam.Bagaikan sedang menyusun ayat.
“Saya sayangkan awak.Tapi saya tak pandai memujuk.Jangan pergi jauh.bidadari.”Katanya perlahan dan terus menyusun langkah masuk ke restoran.
Aku terpana.Keliru dengan dirinya.Sayangkan aku tetapi sengaja menunjukkan kemesraan dengan wanita lain di hadapanku.Dia sengaja memberiku harapan palsu.Aku penat dengan permainannya.Aku buang jauh-jauh perasaan yang mengusik hatiku apabila mendengar kata-katanya. ‘Zarith,dia penipu !’ aku berbisik kepada diriku sendiri.
Pada ibu aku mengadu.Wanita ini selalu ada di saat aku memerlukan.Bagaimanalah hidupku nanti bila dia tiada.Ibu pendorongku menjadi kuat.Wanita ini punya hati besi selepas dia dan ayah berpisah.Menjaga aku dan Along hingga kami besar.
“Siti,dalam setiap doa,selitkanlah doa Siti pada dia.Mungkin,dia jodoh Siti.Mungkin juga bukan.Siti doa kalau memang dia jodoh Siti,minta Allah beri petunjuk.Minta Dia permudahkan urusan jodoh Siti.Tapi kalau bukan dia,Siti mintalah Allah pisahkan kamu berdua dengan kasih sayang.Dia Maha Mengetahui.Segala rahsia dunia ada padaNya.Berusahalah.Kuatlah untuk kebahagiaan Siti.Ibu takkan selama-lamanya ada untuk Siti”
Aku termangu.Benar kata Ibu.Kalau dia jodohku pasti ada petunjuk dariNya.Sesungguhnya aku mengerti.Jodoh seseorang itu telah diatur.Cuma Allah meletakkan mereka di suatu tempat.Bila tiba masanya,walau di mana sekalipun,tetap akan berjumpa.

 ***********************************************************

Aku ke bank untuk menyelesaikan urusan akaunku.Ketika pekerja bank itu meminta kad pengenalanku,spontan mataku termati di baris namaku.’Nurul Zarith Sofia binti Mansur.’Aku terdiam.Mengelamun memikirkan sebab Danial dan Fakhrul tidak mengetahui nama sebenarku.Mereka memang tak pernah bersungguh denganku.Lamunanku terhenti apabila pekerja itu sekali lagi meminta kad pengenalan
ku.Sementara dia menyelesaikan kerjanya,aku terasa seperti ada mata yang memandangku.Haih. Naluri aku memang betul.Pekerja di kaunter sebelah memandangku dengan kening berkerut.
“Awak Zarith ya ? “Tanyanya sebaik sahaja melihat reaksiku yang seolah-olah kaget melihatnya.Ya aku bukan seolah-olah kaget.Tapi sememangnya kaget.
“Ya,saya Zarith.”Jawabku tenang,tak mahu dikata lemah di hadapan wanita yang berjaya mencuri hati dia yang aku sayang.Bermesraan di hadapanku dengan sengaja.Dialah perempuan rambut karat yang dating bersama Danial dulu !
“Kak,saya nak mintak maaf.Disebabkan saya,kakak dengan Abang Danial bergaduh.”Ujarnya spontan tanpa menghiraukan pelanggannya yang terpinga-pinga.
“Kenapa?” Tanyaku.Gila ape perempuan ni tetiba mintak maaf.Hari tu,bukan main kekwat kau depan aku.Mentang-mentang keluar dengan lelaki handsome!
“Sebenarnya Abang Danial tu jiran saya.Abang Danial ada cerita tentang masalah dia dengan akak.Pasal hari tu,kitorang tak rancang pun nak cemburukan akak.Sebenarnya saya secara spontan terpanggil Abang Danial ‘sayang’.Tak sangka pulak akak sampai berjauh hati.”Ulasnya panjang lebar. ‘Dia ni tak payah la nak berdrama kat sini.Tak pasal orang sebelah ni ternganga dengar cerita dia.
Selesai urusan di bank,aku terus beredar keluar menahan malu.Apa la perempuan ni,luahan ikhlas dia buat aku malu yang teramat.Tapi,luahan dia menjelaskan aku.Dia tak rancang semua ni.Sekurang-kurangnya aku tahu,ada peratusan besar dia masih sendiri. ‘Eh kejap.Memang la dia masih tak berpengganti.Kan hari tu dia ada cakap dia masih sayangkan aku.Tapi,kalau sayang tak semestinya dia cinta.Mungkin tu cuma permainan dia.Nak sedapkan hati aku je kot.’Aku buang jauh-jauh rasa ragu.Aku mesti kuat untuk cintaku.Aku mesti berjuang untuk ujian ini.Aku benar-benar mencintai dia.
Tanpa diduga,malam itu aku menerima mesej daripada Danial.
“Mesti awak malu sangat kan tadi.Sebenarnya,Laila dah lama nak jumpa awak untuk minta maaf.Tapi saya tak benarkan sebab,saya sengaja nak tengok awak merajuk sampai bila.”
Jari ku mula menaip untuk membalas.AKu mula menyusun ayat.Tapi entah mengapa aku hanya mampu menaip
“Awak jahat.” Tekan butang hantar dan diam.Dan tersedar aku mula membuka hati untuknya

************************************************

Petang itu,aku pulang agak lewat.Ketika aku berjalan ke tempat letak kereta,Fakhrul tiba-tiba dating dan menegurku. ‘Apa lagi yang dia nak ni ? Aku semakin bahagia dengan hidup aku sekarang.Aku semakin dapat menerima kehadiran Danial semula.Jangan bagi harapan segala bagai.Kalau kau buat macam tu,siap kau.’ Bebelku dalam hati sambil melangkah pantas meninggalkan Fakhrul.Takut kalau-kalau hati ini akan berpaling. ‘Kalau awak cintakan saya,seluruh manusia di muka bumi ni hasut awak untuk lupakan saya sekalipun,awak akan tetap mencintai saya.’ Kata-kata Danial pantas menerpa kotak ingatan.Ya ! Aku mesti kuat untuk bertahan.Tetapi,aku takut hati ini menjadi lemah semula di depan lelaki yang pernah mengugat hatiku.
“Setiap permulaan bagi hari saya,disambut dengan bayangan wajah awak sedang ketawa.Saya selalu berharap sayalah orang yang buat awak ketawa.Tapi,bila saya perhatikan rupa-rupanya Danial yang buat awak gembira.Saya cukup takut dengan bayangan-bayangan itu.Saya takut kalau bayangan itu sebenarnya hanyalah untuk membuat saya cemburu sedangkan awak tak segembira di dalam bayangan saya.Tapi,bila saya tengok awak sekarang.Saya percaya pada bayangan saya.Awak nampak sangat bahagia.Gerak gaya awak cukup untuk ceritakan semuanya.Saya kagum dengan Danial.Dia Si Pencinta Setia.Tolong,jangan musnahkan kepercayaan Danial dan kasih sayang korang berdua.Kuatlah untuk kebahagiaan korang.Jangan ragu-ragu dengan kasih sayang Danial.Dia nampak dingin.Tapi bila dia sayang seseorang,dia akan tetap sayang seumur hidup.”Ujar Fakhrul panjang lebar sambil berjalan di belakangku.Langkahku terhenti. ‘Apa betul yang aku dengar sekarang ni’.Aku memandang dia.Tenang.Dia tersenyum apabila aku memandangnya.
“Percayalah.Danial lelaki baik.Jangan ragu-ragu lagi”Katanya lagi.
Aku terkaku.Tidak tahu apa yang harus aku katakana.Apa motif dia?
“Mencintai tu,tak bermakna yang kita kena memiliki kan ? Cukuplah saya mendoakan kebahagiaan awak dengan dia.”Ujarnya.Ikhlaskah dia berkata begitu?
‘Ayat nel mana yang dia rembat ni? Pasrah sangat bunyinya.Tapi,daripada riak wajahnya,dia seperti ikhlas mengucapkannya.’Getusku.
“Saya ikhlas.Saya redha.”Ujarnya.Dia menghadiahkan senyuman sebelum berlalu pergi.
Aku terdiam. “Saya semakin mencintai awak,Si Pencinta Setia”Ucapku perlahan sekaligus bayangan wajahnya menerpa fikiran.

'Semoga akad daripada saya akan menyatukan hati kita berdua secara halal.Dengan izin Allah,minggu depan saya akan melamar awak terus,Siti ! '

Mesej daripada dia pada malam itu membuatku tergelak besar.'Macam manalah awak boleh percaya nama saya Siti'getusku.

Mesejnya tidak ku balas.

'Semoga,hati kita terus kuat untuk saling mencintai.Awak,kalau nanti semua orang di muka bumi nanti menghalang saya untuk mencibtai awak,saya berjanji.Saya akan pekakkan telinga,butakan mata dan menilai awak dengan mata hati.'

Kutulis barisan ayat itu di dalam diariku dan terus memejam mata mengharapkan keindahan yang aku alami ini bukanlah mimpi.

.TAMMAT.

No comments:

Post a Comment