"Kekuatan seorang sahabat, dia mampu mengubah seseorang hamba Allah menjadi lebih baik dari hari ke hari..."
Tiada sesiapa yang ingin dilahirkan dengan penuh kekurangan mahupun dengan penuh keselesaan dan kekayaan...kerna itu, pentingnya orang disekeliling untuk membantu masaada kearah yang lebuh baik atau sebaliknya...silap didikan ibubapa juga menjadi tiang yang akan membantu seorang anak itu untuk berdiri mengikut rentak yang mereka sendiri aturkan...
Alhamdulillah...sepanjang sesi persekolahan, menjalani hidup dibumi Illahi, Dia temukan aku dengan pelbagai ragam manusia yang ada hadir sebagai pelayar sampingan atau pelayar utama yang mempunyai tanggungjawap tersendiri...
Zaman sekolah rendah, mungkin saat itu aku tidak terlalu "berkawan"..namun msih teringat akan 2 orang sahabat baik iaitu Izatul dan Najihah di Madinatul Ilmi.
Kemudian bertemu dengan sahabat di SMU Tarbiah Mardhiah, Panchor iaitu Tuan Anis Dina, Syarifah, Fatin.....(dah lupe dah..hehe)
Atas urusan keluarga, berpindah ke SMU Yaakubiah, Nipah. Perkenalan bersama seorang teman rapat Nik Saidatul Husna..
Penghijrahan berlaku di sebuah negeri pantai timur juga iaitu Kuantan, Pahang.
Sahabat SEUSIA banyak memberi kenangan di tapak SMAI (Al-Ehsan), bertemu dengan seorang guru a.k.a ayah angkat "Abah Shukri"...
Sejauh mana seseorang itu merantau, pasti suatu hari nanti dia akan pulang ke tempat asal...dan Alhamdulillah, berpindah semua di Kelantan, Maahad Yaakubiah..(dah jadi maahad dah sekarang..) untuk meneruskan menyelesaikan tanggungjawap sebagai seorang pelajar dan juga anak dengan menduduki SPM 2009 bersama Noor Azyyati Ismail.
Dengan result SPM yang tak berapa nak berapa, melangkahkan kaki ke UiTM Seri Iskandar, Perak dalam jurusan Estate Management diiringi bersama rakan-rakan seperjuangan EMA serta ZAHNA dan AZIEDA.
Dan sekarang, tengah tunggu sahabat-sahabat seperKERJAan pulak...hahaha
Terimalah sedikit suntikan kerinduan bersama sahabat-sahabat sekalian...walaupun siapa latar belakang kalian, bagaimana hubungan kita waktu itu...
Percayalah.....
Kalian lah insan
yang meniup sejuta kekuatan,
yang melemparkan ratusan tangisan yang mengajar daku menjadi seorang yang matang,
yang menolak daku untuk terus berada dihadapan,
yang melambung kelemahanku untuk menjadikan pershabatan ini lengkap
dan
yang sanggup berkongsi ruang untuk mencipta setiap kenangan terindah...
wassalam..

No comments:
Post a Comment