Friday, 19 October 2012

Antara Tangisan dan Senyuman.

Bismillahirahmanirahim...

Alhamdulillah...dah habis dah sesi pembelajaran aku setelah 2 tahun lebih di UiTM in Estate Management.. dan tibelah waktu praktikal... nak kata happy, tak de lah sangat...cume, entahlah...hati nie berbelah bahagi je.... Happy. Rindu. Berat Hati. Sakit Hati... :) gurau aje.... 

"Pabila Adanya Sebuah Pertemuan,  Akan Ada Jugalah Sebuah  Perpisahan"

Aku percaya dengan kata-kata tuu...yelah, dari sekolah tadika lagi kita akan temui ramai orang yang punya pelbagai ragam dan kita juga akan pelajari banyak benda yang baru...(semoga ia mematangkan aku).. huh!!! penat hati memikirkan..

Tangisan...
Bukan menunjukkan kita seorang yang lemah, tapi mungkin itu adalah cara untuk kita meluah apa yang kita rasa...Namun, ia juga bukan mendatangkan apa-apa..kadang-kadang ia lebih memudaratkan kita...

Senyuman...
Bukan bermakna tiada sebesar zarah dihati akan sebuah kesedihan... sedangkan sebuah senyuman dan ketawa itu mampu menjadi benteng untuk seseorang itu lebih kuat dan akan terus kuat...

Persahabatan,
Bukan susah untuk kita cari dan bina yang baru, cuma ia sukar dan tiada penganti..


Aku,
bukan xmampu nak menangis...sedangkan aku nie seorang yang tgok aje drama sedih, dah nangis sama-sama...cuma, aku sendiri takut untuk memulakan sesi airmata, sebab takut nanti aku jugak yang tak dapat nak kawal semua tuuu....

InsyaALLAH, semoga perpisahan ini mendatangkan seribu rahsia dan rahmat sepertimana pertemuan yang tanpa kita jangga ini telah memberi berjuta kenangan buat kita semua...





No comments:

Post a Comment